Dayang Deno

3.11.11

Tips Hari ini
November 03, 2011 10 Comments
             Untuk mudah kenyang pada waktu pagi, minum jus buah atau susu setiap kali korang bersarapan. Kalau korang nak tahu, ia memudahkan perut korang untuk kenyang. 

Kemudian makan sekeping roti bakar bersama putih telur yang digoreng meggunakan minyak zaitun. Kalau nak lebih mudah, semangkuk bijiran bersama susu sudah baik! (^_^)


~ Psst2, susu itu sihat! :)


Reading Time:
Tag From The Mimos
November 03, 2011 2 Comments
            Hai! Deno ditag hari nie oleh the mimos.. dah lama tak kena tag, jadi nak kena jawab la... nanti kecik ati en mimos deno tak buat! tak pasal2 mimos tak nak datang dah blog deno.. heee (^_^)

Okey, jom tengok soalan dari the mimos...

Apa beza blog kamu dengan blog orang lain.
Emm... blog deno cuma blog peribadi seperti blog2 yang lain yang berkongsi kisah hidup deno dan adakalanya deno bercerita tentang pendapat deno tentang sesuatu perkara. Yang bezanya cuma deno adalah seorang pesakit sle yang ingin berkongsi pengalaman deno dengan blogger2 yang lain.

Apa perkataan yang kamu paling suka tulis dalam blog?
Tentulah perkataan "deno"! :)

Apa punca kamu menjadi blogger?
Tambah kawan

Apa pakaian yang kamu paling suka pakai?
T-shirt, blaus dan jeans

Siapa lelaki/perempuan yang kamu suka tengok?
Tentulah ma dan abah!

Apa ciri-ciri yang istimewa yang kamu ada?
....... pandai melukis kot...

Siapa kawan kamu yang paling best? ( nak 10 orang)
adzian
madie
dayah
kak aziah
kak siti
fatin
nadia
cassandra

Di mana kamu jumpa si dia?
siapa si dia? bopren ke? eeuuuww... deno tiada si dia, deno masih belajar jadi tiada istilah kekasih dalam hidup deno sekarang nie... tunggulah habis blaja... heee... tapi kalau si dia tu binatang peliharaan adalah.. deno ada kucing nama michelle dan ianya pompuan....

Apa lagu yang ada kena mengena dengan kamu dengan si dia?
No si dia so, no lagu... heeee

Kamu rasa si dia comel tak?
Kalau kucing deno... memang comel, bulunya lebat dan gebu, badannya montel!

Apa perasaan kamu bila kena tag?
Rasa comot! hehe



~ Psst2, thanks mimos! :)



Reading Time:
Domokun!
November 03, 2011 5 Comments
            Domokun! Agak-agak anak patung domo tu apa ya... bila deno tengok2 bentuk segi empat warna coklat tu, macam biskut pun ada... ma deno slalu tanya apa domo tu sampai deno suka kat domo tu... dah la bentuk segi empat, mulut pulat terngangaaaa je... hihi :)

Entah la nape deno minat kat domo tuh... bila tengok terus terpikat! comel pulak tengok bentuknya yang segi empat sambil mulut ternganga tu... so cute! kakngah cakap tak comel tapi bagi deno comel! 

Baru nie pegi johor duk asyik citer pasal domo, last2 kaklong hadiahkan satu domokun untuk deno!!! Aaaaaaaa!!!! It's so fluffy and i gonna die!!(sila cakap gaya agnes dalam citer dispicable me)


 domo deno


~ Psst2, domokun!

Reading Time:
Cucur bawang, lempeng kelapa dan ubi rebus
November 03, 2011 5 Comments
Baru siap buat ccpd.. lewat coz tengok bola jap arsenal tadi lawan mana entah, dah lupe... tapi telur ayam tak pecah jugak....heeee....

                Bila malam je baru nak mula blogging... nape ek? entah la dah lumrah student kot terbiasa tido lewat.. hehe... ok berbalik kepada tajuk entry kali nie.... bila duk sorang2 dalam kesejukan nie kan..(musim ujan kat terengganu nie, hari-hari ujan).. tengok gambar2 makanan dalam majalah RAPI nie kan, teringat makanan dari zaman deno sekolah rendah lagi.... masa tu famili bukannya senang, makan apa yang ada je...

Walaupun makanan tak mahal, tapi bagi deno makanan tu sangat istimewa... bila dapat makan tu rasa sangat nikmatnya makan...

Emmm.... sedapnya....! deno still makan cucur bawang, lempeng kelapa, ubi rebus sampai sekarang... deno suka makan makanan tradisional nie dan merupakan kegemaran deno! bila makan semua nie teringat waktu-waktu dahulu... 

 

google

Ma akan buatkan cucur bawang untuk sarapan dan minum petang. Minum pula air teh o panas! Hmmm... sangat sedap! Lempeng pula memang biasa dibuat untuk sarapan dan biasanya ma akanbuat lempeng nyior (kelapa) dan dicicah dengan gula.... dan ubi rebus biasa disediakan pada musim hujan seperti sekarang... biasanya ubi rebus dihidangkan sekali dengan air kopi o panas!

Bila teringat 3 jenis makan nie tetiba pula perut deno rasa lapar...  hehe...emm, nak minta tolong abah buatkan susu la sekejap.... lapar... heeee (^_^)


~ Psst2, korang suka apa agaknya... ? :)





Reading Time:

1.11.11

Cuti-Cuti
November 01, 2011 11 Comments
            Selamat malam! Rasanya dekat seminggu deno tak blogging! Deno memang dah agak kalau ke johor mesti tak usik pun laptop... Biasa macam nie la kalau ke rumah kaklong mesti semut2 deno setiap hari nak deno main sama... malam pula tidur awal sebab temankan sarah tido awal, jadi deno pun tidur awal sekali... 

Seronok 8 hari bercuti! dapat luang masa bersama kaklong dan anak2 buah deno... yang paling seronok hari ahad baru nie kaklong bawa deno makan angin di singapore, pegi satu hari je, sekejap je... tak bermalam kat sana... rumah kaklong pun tak jauh mana.. dari imegresen ke bandar singapore ambil masa cuma setengah jam. 

Deno rasa sangat kagum dengan bandarnya yang sangat bersih dan bangunan yang tersusun dengan sistematik. Penduduknya juga boleh tahan ramahnya... agak mahal barangan di sana.. masa deno pergi tu kalau nak convert duit kita ke duit sin dollar kena darab 2.47... deno ke sana bersama kaklong, kak ana dan sarah aina... (^_^)

kak ana, deno n sarah aina
at marina bay

kaklong wit sarah aina

macam kapal atas bangunan kan... marina bay sands kat belakang tu...

one fullerton

piece piece kacang piece!

kak ana dah macam lion deno tengok.. hihi...

at merlion statue

eh2, macam lion plak! hehe.. ni yang kecik

best!

Enjoy sangat dapat pergi sana... tapi kali nie pergi sikit je tempat coz nak kena balik awal.. kak ana kena balik juga petang tu coz esoknya kerja... cuti sem nanti nak pegi lagi la, harap2 deno sihat... so boleh pegi lagi! Terima kasih kat kaklong belanja deno pegi sana!


~ Psst2, cuti-cuti... (^_^)
Reading Time: