Dayang Deno

23.5.13

Shoutbox Di Blog Dah Okey!
May 23, 2013 7 Comments
Baru2 ni dneo da remove shoutbox sebab ada problem..

Hari ni dah okey... jadi, deno letak balik la .. :)




p/s: shoutbox dah okey^^



Reading Time:
Dah Tugas Abah..
May 23, 2013 13 Comments
Biasanya bila ke hospital deno akan bersama abah..

Selepas jumpa doktor, deno mesti buat CAPD.. tadi abah pun ada sekali.. Sebelum buat CAPD kan, macam biasa la perlu lap alat dialisis macam stand, kerusi dan meja.. abah terus ambil kain dan tolong lap semua tu.. abah tolong ambilkan air dialisate, minicap dan spray sekali... abah siap pakaikan mask untuk kite... Semua abah buat.. Dari kite kecik2 and mula sakit, abah mesti tolong...


Deno ucap terima kasih pada abah sebab tolong.. then abah cakap..

"tak payah terima kasih.. dah memang tugas abah..." 

Sobss.. rasa nak nangis kat situ jugak.. terharu sangat abah banyak tolong adik, sampai sekarang pun abah buat macam-macam... Adik sayangggg abah!



p/s:  terima kasih abah :')

Reading Time:
Wafer Kegemaran Adam Khaleef!
May 23, 2013 5 Comments

Dah habis 3bar dia makan..

Okeh, cikcu terpaksa sorokkan.. kalau tak nanti satu paket dihabiskan.. maklum saja la, asyik sangat tengok citer Oggy dan lipas2 nakal tu, tak sedar makan banyak...



p/s: cikcu makan satu 



Reading Time:
Senang Je Kalau Dia Main Air Lama Sangat
May 23, 2013 2 Comments
Rasanya setiap kanak-kanak kot suka main air..

Adam khaleef termasuk golongan suka main air.. Bila dah degil taknak keluar dari toilet, senang sangat-sangat!

Turn off lampu dapur dan lampu bilik air! haaa.. barulah menjerit-jerit ... hahaha.. *gelak kuat



p/s: kena usik dek cikcu sebab degil sangat.. :p
Reading Time:
Tips Nak Elak Anak Bercakap Pelat
May 23, 2013 4 Comments
Tiba-tiba datang idea ni ..

Memang menjadi satu kebiasaan kanak-kanak yang membesar akan manjadi pelat sebelum boleh bercakap dengan betul dan lancar...Sesetengah kanak-kanak kan, ada yang pelat dalam tempoh yang lama.. ada juga pelat dalam temph yang sekejap

Anak buah deno, adam khaleef tu.. dia pandai bercakap jelas ketika umurnya tiga tahun.. Dalam umur 4 tahun adam dah petah bercakap..

Apa yang dilakukan oleh kakak deno ialah bercakap dengan adam dengan bahasa yang betul.. bukannya bercakap pelat dengan anak yang baru belajar nak bercakap

Contoh kesilapan ibu dan bapa apabila bercakap dengan anak yang pelat dan baru belajar bercakap :

"adik nak shushu?"
"adik beyak ye.."
"acamnye bau die..."
"mai mamam ngan mama.."
"usyuknya adik beyak... "
"omeynya anak papa ni.."

Nampak tak apa yang silap? mama dan papa jadi pelat bila bercakap.. bagaimana anak nak belajar bercakap dengan betul bila mama papa cakap pelat kan?

Better praktikkan awal2 dengan bercakap bahasa yang betul.. insyaallah anak-anak akan dapat bercakap dengan lebih jelas dan lancar.. :)



p/s: tips ini daripada kakak deno sendiri^^


Reading Time:
HB, Kalsium Dan Iron Yang Rendah
May 23, 2013 9 Comments
Baru balik dari hospital..

Alhamdulillah, keputusan darah kebanyakan baik.. :)

Tapi ada beberapa result yang doktor tak puas hati..HB (hemoglobin) deno rendah.. doktor cakap 8 je.. Untuk orang normal sepatutnya 12 ke atas..

Kalsium dan iron dalam darah pun rendah.. jadi naik la ubat kalsium dan iron tu.. nampaknya kena minum banyak susu ^^

slip ubat bulan ini :p



p/s: Sekarang jumpa doktor hanya 3 bulan sekali! hoyeay! 


Reading Time:
Appointment Doktor
May 23, 2013 13 Comments
Esok pagi ke hospital lagi..

Appointment doktor! Dalam kepala duk fikir apa nak beritahu doktor rashes dan selesema ni? kan doktor dah pesan jaga kesihatan

tapi nak buat macam mana kan, tak duduk bawah matahari pun, tapi cuaca panas sangat! mula la "sahabat SLE" ni kena tempiasnya kan... orang pula ramai, takkan konvo nak pakai mask.. haha ~ tiba-tiba terbayang diri-sendiri pakai mask dengan jubah..

mask + cuaca panas = pengsan! :p

jawab jujur je kat doktor, saya main panas masa konvo.. hehe.. jangan marah ye doktor  ^^



p/s: harap keputusan darah minggu lepas semuanya baik dan ubat pun berkurang.. :)



Reading Time:

22.5.13

Sebelum Makan......
May 22, 2013 14 Comments
Makanan berminyak?

Biasanya kalau kita makan sup, kuah nasi minyak, gulai daging kan.. mesti ada lapisan minyak kat atas tu sikit2..


Jadi sebelum makan tu, better buanglah minyak sikit2 tu supaya tak lah kita makan banyak minyak kan? Biasanya deno guna sudu je buang minyak tu, letak atas piring.. bila kita buang2 kan, baru nampak betapa banyaknya minyak dalam piring tu...






p/s: kurangkan penggunaan minyak dalam masakan :)



Reading Time: