Dayang Deno

4.6.15

Moribayu
June 04, 20150 Comments
Moribayu. Who is he? Do you know him? Okey sila ke instagram and search for Moribayu.

Hehe... Alkisah deno kenal Moribayu kat instagram melalui kawan deno, Lydia Rayyan a.k.a Tocang Dua. Sejak tahu dan kenal Moribayu, dia dah jadi salah seorang artist favourite deno. Act deno minat ramaiiii artist macam @mohamedazmil,  @nerdlessart, @rizal_paperbaghead,  @aslah92, @azahkumiko  dan ramaiii lagi :) 

Apa yang deno kagum dengan Moribayu, dah la artwork dia cantik, then setiap komen kita or pertanyaan kita tentang artwork Mori akan reply even komen tu banyak.. And he's very humble person. Pernah berangan nak jumpa Moribayu walaupun deno tahu my angan-angan takkan kenyataan coz i'm nobody... Deno baru lagi dalam dunia art, tu pun baru 2 tahun aktif melukis selepas grad.. 

But guys...

Guess what? Deno dapat jumpa Moribayu! Arghhh excited + happy +  i can't bilivit!!

@dayangdeno @tgzati @azahkumiko @moribayu di both kmi : Deluqies

**booth team kami kat dalam Art & Craft Pavillion, Floria, Putrajaya

Alkisahnya Moribayu invite deno untuk join his team di Floria, Putrajaya!! Ohmaiii masa mula2 ori beritahu menjerit kot.. Haha! Sampaikan abah tanya kenapa tiba-tiba menjerit, adehhh... Itulah bila excited gitu la jadinya.. Ish3.... *geleng2 kepala

Deno excited coz tak pernah langsung deno terfikir or imagine deno dapat jumpa Moribayu. Kebetulan deno kat kl sekarang ni haaa, dapat la join.. Floria event berlangsung from 30 May - 7 Jun 2015 but deno hanya ada kat sana weekend sebab abah nak deno rest.. 9 hari mesti penat. It pun deno kat sana last Sabtu and Ahad, penat sampai demam. Nasib baik weekday deno cuti, thank you Moribayu sebab faham :)

Moribayu and team kat booth Deluqies setiap hari, deno sahaja kat sana weekend. Kat sana deno melukis bersama-sama Azahkumiko (blogger azahsekalisakala!!!), Tg Zati and Moribayu.. Korang boleh dapatkan artwork kami kat sana^^ Happy sangat2 dapat jumpa these awesome people and new friends.. Ramai kot dapat kawan baru kat Floria ni... best sangat2

And ni pun buat deno tak percaya, Moribayu bantu deno buat dialisis! He is my very first kawan yang bantu deno buat dialisis *CAPD tuu.. Siap pakai mask semua. Hihi comel macam nurse^^ Speechless deno sebab baru kenal but Mori dan kawan-kawan semuanya very nice people ... Alhamdulillah :)

**dayangdeno di Floria, Putrajaya pada 6 dan 7 Jun pula^^


Instagram :

Dayangdeno : @dayangdeno
Moribayu : @moribayu
Azah : @azahkumiko
Tgzati : @tgzati


Reading Time:

3.6.15

My Birthday
June 03, 2015 6 Comments

Happy birthday dayang!! *lompat2!

Eh bukan hari ni. Act my birthday last week on 28 May :) Deno baru berkesempatan update .. hihi^^

To Dayang Deno, tolong terus kuat, tolong terus semangat, semoga sentiasa sihat, sentiasa senyum, sentiasa positive and semoga Allah berikan awak ketabahan dalam menghadapi setiap dugaan dalam hidup awak. Amin! :)

Even takde kek besar, majlis besar, makan besar... deno happy sebab masih ada family. Doa daripada family bagi deno dah cukup... and tahun ni ada my few friends yang celebrate my birthday walaupun simple. Tu pun deno dah hepi sangat ^^


*terima kasih family dan kawan2 yang wish birthday dan mendoakan dayangdeno.. May Allah bless all of you always :')


Reading Time:
Dah Sebulan
June 03, 20150 Comments
Dah sebulan kat sini^^


Kejap je rasanya.. Deno rindu sangat nak menaip blog and kawan2 bloggers  *love

Lama kali ni dayangdeno stay kat umah kaklong. Lepas geram betul ni.. hehe^^ Macam last year, every three month deno datang sin...  Untuk this year, ini la first time deno datang sini and stay lama. Act deno dah lama nak datang sini, but kes denggi teruk kan baru-baru ni.. Sekarang dah okey^^ Dapatlah deno lama kat sini.. Plus ada beberapa hal family yang buat deno lama kat sini..

Mungkin selepas seminggu Ramadhan baru deno balik ke Terengganu.. ^^ and... act ada juga  cerita yang best deno nak share ngan korang tau, nanti ya... Agak busy deno kat sini, artwork., event... dapat ramai kawan baru, and banyak juga my dream come true dalam bulan ni... Alhamdulillah :)



**rindu my nephew kat ganu, Adam Khaleef 


Reading Time:
Tempahan Design Kad Raya 2015 Dibuka!
June 03, 2015 6 Comments

Tempahan dibuka! Yay! :D

Semua boleh, kartun doodle single, couple, family atau apa-apa sahaja la siap dengan background.. Nak digital potrait pun boleh, yang design simple tanpa doodle pun boleh :) Deno hanya mengambil service design tau, untuk print korang boleh contact kak ShidaRidzuan. Selain daripada tu, kad raya ni boleh juga jadi dalam bentuk digital.. Mana tahu kan korang nak beri kad raya pada kawan-kawan melalui facebook, twitter, blog ke.. kan? :)

Insyaallah deno akan cuba buat yang terbaik! ^_^

Jika berminat boleh contact deno di :
Fanpage : Blog DayangDeno
Email : pinky_deeno@yahoo.com


p/s: tempah jangan tak tempah.. hehe :)


Reading Time: