Dayang Deno

15.2.16

Makin Naik
February 15, 2016 14 Comments
Makin naik pula suhu badan


Malam ni naik ke 38.4, sejuknya jangan cakaplah. Dah rasa macam musim sejuk, orang lain biasa sahaja.... Dugaan minggu ni dengan demam, tapi takdelah ke klinik atau hospital, hanya ambil paracetamol untuk kurangkan panas badan, dan rehat..

Duhai badan sila cepat sihat ya ..... 


*Sekarang musim tak sihat dengan cuaca yang tak menentu.... take care semua :)


Reading Time:

13.2.16

Sejuk
February 13, 20160 Comments
Sejuk je... Dah beberapa hari asyik rasa sejuk walaupun cuaca panas.


Sebenarnya dalam minggu ni selalu sahaja rasa sejuk. Last week migraine, muntah... Mudah sangat dapat migraine, depressed pun dapat migraine.. Bila dah migraine mula la demam datang. Hari ni rasa sejuk sahaja macam hari-hari yang lepas, sejuk sampai ke tulang. Siang berbungkus, malam berbungkus, tidur sahaja sebab tak larat. Nasib baik terjaga untuk dialisis. Tadi check suhu badan, dah naik ke 38. Demam lagi.....

Dah makan ubat... Harap-harap esok lusa tiada lagi rasa sejuk dan tak sihat. Amin.
Reading Time:
2 am
February 13, 20161 Comments

True.. coz waktu siang memang saya tak dapat focus untuk melukis, biasanya mesti tak dapat buat, tiada idea, artblock. Tapi ajaibnya waktu dingin pagi dapat saya buat artwork dengan tenang, idea juga banyak.. Yes, it's my favourite hour ^^

Reading Time:
Jujur
February 13, 20160 Comments

Kadang-kadang .... orang suka ikutkan perasaan marah, perasaan tak puas hati, perasaan apa-apa sahajalah.. Bila terlalu ikutkan perasaan, secara tak sengaja kamu telah menonjolkan sikap sebenar kamu.. Contohnya kamu adalah orang yang disayangi ramai, orang yang sangat baik, sopan, bercakap pun lemah lembut dan segalanya baik tentang kamu.. Tapi sebab sedikit salah faham, kamu kurang ajar dan bercakap buruk2 pada orang tanpa kamu bertanya baik2.. Di situ kamu telah tunjukkan sikap sebenar kamu.. Elakkan bersikap seperti ini, jadilah orang yang benar2 jujur. Diluar diri kamu baik, di dalam hati kamu juga baik. Jadi orang yang baik2, inshaa Allah... Semua orang akan doakan yang baik2 buat kamu.

**Buat "kamu" yang telah menghina saya, tak mengapa saya maafkan. Malah sy lebih bersyukur kerna Allah telah tunjukkan pada saya... the real you :) 


Reading Time:

10.2.16

Kawan
February 10, 2016 3 Comments
Pelukis : Dayang Deno

LIKE OUR PAGE : 
FB : Buasir Otak The Komik

Kawan itu bukan sesuatu yang hanya wujud bila kau rasa kau perlu saja, yang bila kau rasa kau dah tak perlu kau boleh buang macam sampah.

Hormatilah dan hargailah kawan anda sebagaimana anda mahu kawan anda menghormati dan menghargai anda.


Reading Time:
Indeed
February 10, 2016 2 Comments

Let it go

Let go of the people who hurt you.
I believe Allah wants us to be nice to people
And we also have right to do the right thing.
And as I am the owner of my own life
I know what is right for me.

Reading Time: