Happy Mother's Day


Who should I give my love to
My respect and my honor to
Who should I pay good mind of
After Allah
And Rasulullah
Comes you mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother


Happy Mother's Day ma. 

I love you, always and forever! Only Allah knows how much you mean to me.... Thank you for everything ma. Lillahi Ta'ala :')


xxxxx

Instagram : @dayangdenoart
FB Page (Art)   : Dayang Deno Art
FB Page (Blog) : dayangdeno.com



Salam Ramadhan 2018


Rasanya belum terlambat kan

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak buat semua^^ Semoga kita semua diberikan kesihatan yang baik dalam menjalani ibadah puasa, dan semoga puasa tahun ini akan lebih baik berbanding tahun-tahun yang sebelumnya.. Inshaa allah amin!

Salam Ramadhan 2018! :)


xxxxx

Instagram : @dayangdenoart
FB Page (Art)   : Dayang Deno Art
FB Page (Blog) : dayangdeno.com


Nothing Can Do

Dua minggu yang lalu..
Deno ke Kuala Lumpur lagi untuk check up. Pada yang belum tahu apa yang berlaku.. deno pernah update kat sini  >> KLIK <<

Sooo..  Hasil check up and eye review..

Nothing can do with my left eye coz masalah melibatkan saraf.. Mata kiri deno tak nampak bila oksigen tak sampai pada mata.. Buat masa sekarang memang, tak dapat buat apa-apa. Doc ada nasihatkan deno supaya jaga kesihatan, jaga SLE supaya tak kembali aktif.. Masalah mata ini, salah satu sebabnya juga dari SLE, so perlu jaga betul-betul. Korang tahu sahajalah kan, SLE bila ia aktif boleh rosakkan apa sahaja organ kita.. Deno redha.. tapi pada masa yang sama deno percaya, Inshaa Allah tak mustahil satu hari nanti mata ini boleh pulih kan? Hati kecil ini pula seperti faham, selalu berbisik pada tuannya memberi semangat:)

Syukur alhamdulillah, dayang norhidayah a.ka dayang deno ini masih diberikan peluang untuk melihat walaupun hanya sebelah mata.. Sebelah mata ini pun nikmat sangat rasanya :) Sekarang deno dah mula biasa dengan condition ni dan selepas 3 bulan, deno pun dah kembali melukis.. Alhamdulillah^^

Sentiasa ingatkan diri, setiap ujian Allah ada sebab, ada hikmah di sebaliknya... Mungkin sekarang ini belum ada ubat untuk menyembuhkan mata ini tapi deno tak lupa dan deno percaya masih ada ubat dengan berdoa pada-Nya, semangat dan kekal positif...

Never lose hope, Inshaa Allah! :')






2017 Best Nine


2017 #bestnine 

Bila lihat #bestnineoninstagram barulah deno notice.. Post artwork untuk tahun 2017 hanya terdapat 72 post termasuk post jatuh sakit pada awal Oktober tahun lalu... Dugaan di akhir-akhir tahun 2017... Sikit sahaja berbanding tahun-tahun yang lalu yang beratus-ratus artwork. Tahun 2017 tak sampai seratus tapi ramai tetap support #dayangdenoart, alhamdulillah^^ Terima kasih korang!^^

Tiga bulan deno rest melukis sebab masalah kesihatan. Inshaa Allah tahun ini akan kembali melukis, nak aktif melukis. Doakan deno sihat selalu ya? *love*


x x x x x

Doodle Instagram : @dayangdeno
Komik Instagram : @thedayunk


Bila Hati Dah Luka


Hidup ini..

Jangan terlalu ikutkan hati dan perasan, ada juga limitnya. Jangan sesuka ikut hati bercakap, jangan sesuka hati sahaja nak buat apa-apa. Jangan terlalu bebas, ada juga perkara yang kita perlu fikir dahulu.. Kadang-kadang sebab kita, ada orang yang terluka, sedih, makan hati, sakit hati. Jangan kita lupa, Allah twentyfourseven dengan kita.. Kadang-kadang Allah tak tunggu lama, Allah "bayar cash" kat dunia ni lagi atas perbuatan tak baik tu pada orang. Kita akan rasa balik perbuatan kita pada orang... Kadang-kadang, perlu juga ambil masa sekejap lihat diri macam mana, menilai diri sendiri,. Muhasabah diri. Tak guna jika hubungan dengan Tuhan sahaja dijaga, tapi hubungan sesama manusia tak jaga. Kena ingat, sesiapa pun kalau hati dah luka... Bukan boleh senang macam tu sahaja, letak ubat terus ok. Hati ni lain, boleh sembuh tapi ianya tetap akan meninggalkan parut.