Moga Dipermudahkan


Inshaa Allah

Inshaa Allah deno akan keluarkan coloring book deno sendiri tak lama lagi. Deno baru dapat kongsikan kat sini^^ Sebenarnya, ini adalah impian deno. Dah lama deno nak ada buku sendiri, tapi tak mampu. Rezeki Allah, sehinggalah satu hari dapat pm from publisher untuk coloring book.. Alhamdulillah!

Semua dah siap, semua dah selesai. Sepatutnya dah lama siap tapi sebab masalah kesihatan on and off, dan makin tertangguh sebab masalah kesihatan terbaru pada akhir tahun lepas. I lost my left eye vision due to my illness..

Alhamdulillah, syukur deno dapat publisher yang sangat memahami condition dan masalah kesihatan deno. Dia tahu deno sakit dan tak pernah push pun. Dia faham.  Syukur juga Allah kirimkan kawan-kawan yang sangat baik pada deno dalam membantu memudahkan urusan coloring book deno ni. Terharu sangat rasanya.. :') You know who you are my dear friends, hugs!

Semoga Allah permudahkan urusan buku ini.. Deno excited, tak sabar rasanya! Inshaa Allah bila dah publish nanti, deno share dengan korang ya :)



Welcome Back Tun!



The one and only Tun Dr Mahahir Mohamad

Ini adalah kali ke dua deno doodlekan gambar Tun. Sebelum ni deno pernah buat sempena birthday Tun. Korang boleh tengok kat sini --- > KLIK <

Doodle potrait Tun kali ini khas sempena Malaysia Baru! Selepas 61 tahun, pada 10 Mei 2018 negara Malaysia mencipta satu sejarah baru apabila Pilihan Raya Umum ke14 dimenangi oleh Parti Harapan dan Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri Malaysia buat kali ke dua! 

Kagum dengan Tun, di usia 92 tahun beliau masih menjalankan tanggungjawab demi negara. Tun... jika dilihatkan usianya, beliau boleh sahaja berehat tanpa memikirkan masalah negara di usia emasnya. Tapi beliau memilih untuk berjuang dan kembali demi bangsa, agama dan negara. Terharu rasanya....

Harapan deno dengan Malaysia Baru ini, semoga negara kita akan menjadi lebih baik, sentiasa dulindungi Allah, kekal aman dan sejahtera... Dan semoga Tun Dr Mahathir Mohamad sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan sentiasa dirahmati Allah.. amin ya rabb.

Thank you and welcome back Tun! :')


xxxxx

Instagram : @dayangdenoart
FB Page (Art)   : Dayang Deno Art
FB Page (Blog) : dayangdeno.com


Happy Mother's Day


Who should I give my love to
My respect and my honor to
Who should I pay good mind of
After Allah
And Rasulullah
Comes you mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother


Happy Mother's Day ma. 

I love you, always and forever! Only Allah knows how much you mean to me.... Thank you for everything ma. Lillahi Ta'ala :')


xxxxx

Instagram : @dayangdenoart
FB Page (Art)   : Dayang Deno Art
FB Page (Blog) : dayangdeno.com



Salam Ramadhan 2018


Rasanya belum terlambat kan

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak buat semua^^ Semoga kita semua diberikan kesihatan yang baik dalam menjalani ibadah puasa, dan semoga puasa tahun ini akan lebih baik berbanding tahun-tahun yang sebelumnya.. Inshaa allah amin!

Salam Ramadhan 2018! :)


xxxxx

Instagram : @dayangdenoart
FB Page (Art)   : Dayang Deno Art
FB Page (Blog) : dayangdeno.com


Nothing Can Do

Dua minggu yang lalu..
Deno ke Kuala Lumpur lagi untuk check up. Pada yang belum tahu apa yang berlaku.. deno pernah update kat sini  >> KLIK <<

Sooo..  Hasil check up and eye review..

Nothing can do with my left eye coz masalah melibatkan saraf.. Mata kiri deno tak nampak bila oksigen tak sampai pada mata.. Buat masa sekarang memang, tak dapat buat apa-apa. Doc ada nasihatkan deno supaya jaga kesihatan, jaga SLE supaya tak kembali aktif.. Masalah mata ini, salah satu sebabnya juga dari SLE, so perlu jaga betul-betul. Korang tahu sahajalah kan, SLE bila ia aktif boleh rosakkan apa sahaja organ kita.. Deno redha.. tapi pada masa yang sama deno percaya, Inshaa Allah tak mustahil satu hari nanti mata ini boleh pulih kan? Hati kecil ini pula seperti faham, selalu berbisik pada tuannya memberi semangat:)

Syukur alhamdulillah, dayang norhidayah a.ka dayang deno ini masih diberikan peluang untuk melihat walaupun hanya sebelah mata.. Sebelah mata ini pun nikmat sangat rasanya :) Sekarang deno dah mula biasa dengan condition ni dan selepas 3 bulan, deno pun dah kembali melukis.. Alhamdulillah^^

Sentiasa ingatkan diri, setiap ujian Allah ada sebab, ada hikmah di sebaliknya... Mungkin sekarang ini belum ada ubat untuk menyembuhkan mata ini tapi deno tak lupa dan deno percaya masih ada ubat dengan berdoa pada-Nya, semangat dan kekal positif...

Never lose hope, Inshaa Allah! :')