Dayang Deno

3.7.19

2019
July 03, 2019 12 Comments

2019

Enam bulan telah berlalu, enam bulan juga blog sunyi dan sepi tanpa berita. Inilah entri pertama untuk tahun 2019:) Kali terakhir my baby blog dayangdeno diupdate ialah pada tahun lepas iaitu pada bulan Disember 2018. Lebih setengah tahun blog ditinggalkan, tanpa sedar kita dah berada di dalam bulan Julai 2019. Pelbagai dugaan dan perkara yang dah berlaku.. sekejap sungguh masa berlalu kan? Moga kita semua sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan tabah dengan setiap ujian yang datang..  Amin.

*Deno rindu nak menulis, banyak yang nak dikongsi dan dicoretkan kat sini nanti.. Inshaa Allah.



Reading Time:

29.12.18

Tak Semua
December 29, 2018 4 Comments

Terkadang
Tak semua mampu diluah
Tak semua mampu dikongsi

Tapi hanya mampu ditelan, simpan, pendam
Kerna percaya semuanya akan baik-baik sahaja nanti ..




Reading Time:

19.12.18

19 Tahun
December 19, 2018 10 Comments

Sekejap sahaja masa berlalu..

19 tahun bersama Lupus. Sebak, terharu, pada masa yang sama juga syukur Allah masih izinkan hamba ini hidup di bumi milikNya ini. Jika diimbas kembali kenangan-kenangan yang lalu, tak pernah sangka diri ini bertahan dan masih di sini. Alhamdulillah aku percaya setiap kejadian, setiap apa yang berlaku ke atas diriku ada sebab dan Allah tahu yang terbaik buatku.

Walaupun terkadang aku tewas, aku menangis. Namun aku cuba untuk kembali bangkit. Satu pintaku moga Allah berikanku kesabaran dan ketabahan di dalam setiap dugaan hidup yang bakal aku tempuhi.

Amin ya rabb.


Reading Time:

21.7.18

18 Tahun
July 21, 2018 6 Comments
21 Julai 2018

Genap 18 tahun deno bersama rawatan CAPD (Peritoneal Dialysis). Deno dialisis kerana SLE/ Lupus. Followers blog deno tentu dah tahu kisah deno dan Lupus kan.



Deno dialisis sejak tahun 2001. Teringat pula dulu sewaktu mula-mula nak pasang tiub tu. Semasa di dalam OT, deno senyum je excited sebab doctor cakap kalau buat dialisis ni boleh balik rumah (masa tu dah berbulan-bulan di hospital sebab Lupus flare). Tapi bila dah sedar dari bius, nangis sebab sakit! Then, tiba-tiba pula ada wayar di perut (tiub dialisis). Seingat deno... deno baring je sebab tak mampu nak bergerak, sakit. Semua my mom uruskan. Selepas beberapa hari barulah sakit berkurangan. Deno dah boleh training untuk buat dialisis sendiri.. Masa nak training tu pun happy je sebab tak sabar nak balik rumah. Tapi bila air ubat masuk... Haaa dia punya sakit tuhan jelah tahu, plus rasa tak selesa. Deno akan genggam tangan tahan rasa sakit, tahan rasa tak selesa. Syukur deno cepat faham dan sekejap sahaja dah lulus dialysis training. Ingat lagi, hari-hari deno tanya doctor bila boleh balik. Mujurlah deno dapat balik Terengganu sebelum UPSR bermula.. Masa tu deno hanya mampu pergi sekolah 42 hari, selebihnya di hospital dan di rumah sebab sakit. Syukur juga dapat ambil UPSR di sekolah :)

x x x x x

Hari ni betul-betul genap 18 tahun deno dan dialisis. Peritoneal Dialysis ni dibuat 4 kali setiap hari. Kalau dulu rasa sakit, tak selesa, tapi sekarang dah tak rasa apa. Mungkin sebab dah lama dan dah biasa. Ada orang tak percaya deno dialisis setiap hari, tapi inilah hidup deno. Rawatan dialisis ni ibarat nyawa. Ke mana deno pergi deno akan bawa semua peralatan dialisis. Kalau tak dialisis satu hari pun bahaya, boleh sesak nafas, boleh ancam nyawa. Paling jauh deno dialisis di Mekah, sewaktu menunaikan umrah pada tahun 2016.

Letih? Honestly letih juga.. tapi deno letak tepi "letih" tu sebab rawatan ni dah jadi sebahagian hidup deno. Kena terima dan biasakan diri. Pernah juga terlalu letih sampai terlewat buat dialisis, lewat sebab deno tertidur. Kadang-kadang dah macam pengsan bila terlalu letih. Tapi letih pun tetap kena dialisis. Tak sihat, tak boleh bangun pun still kena buat dialisis ni (kalau deno tak mampu buat, abah atau mama akan tolong). Pendek kata tak boleh tinggal sehari pun!

Sekejap sungguh masa berlalu kan? Syukur alhamdulillah, dengan izinNya rezeki tiub tenchkoff untuk dialisis masih baik dan berfungsi dengan baik :) Jika nak difikirkan tentang apa yang akan berlaku in the future memang takut, risau dengan condition diri ni.  Tapi deno cuba positive dan tak nak over thinking. Just go with the flow...  Buat yang terdaya dan termampu. Moga Allah sentiasa berikan hambaNya yang bernama Dayang Norhidayah ini kesihatan, ketabahan dan kekuatan.. Amin! Doakan deno ya :)





Reading Time: