I MISS YOU



Wah....!! Pejam celik pejam celik, sedar tak sedar tinggal satu hari lagi nak masuk tahun baru dan tinggal satu hari lagi ulang tahun persahabatan deno dengan besfren deno yang ke tujuh masa sekolah menengah kat SMK Sultan Sulaiman, K. Terengganu. Tiba-tiba sahaja teringat masa tu.... Teringat kat Ayu Nurhaslina @ Ayu, teringat Mardhiah Hanim @ Madie, teringat Tengku Nurhaslina @ Lyna.......

Macam-macam kenangan manis dan pahit kami lalui bersama.. Ayu si manis dan penyabar, selalu je senyum dan pandai melukis.  Madie pulak tak banyak cakap, tapi kalau bercakap susah jugak nak potong. Lyna  yang  cepat marah tapi baik hati dan selalu kena backing Melanie yang ponteng kelas! Melanie? Ingat tak, si amoi yang pandai dalam kelas 4 Murni... hihihi.... 

Bila teringat kenangan yang macam-macam, tetiba saja rasa rindu kat korang la.. Pernah jugak gaduh-gaduh, tapi sekejap jew mesti baik jugak.. Bak kata oran tua2 air dicincang takkan putus! heee.... Tetiba jugak teringat kat Sir Mohan.. Cikgu yang paling best!

Rindunya kat korang
bila tengok gambar nie
bertambah-tambah lagi rindu!!


comelnyeeeee kawan2 masa nie
muka pun skema jew, al maklum lah form 4 masa nie......
tapi deno paling ketot kat sini... heeeeeee ^_^

Bila tengok sekarang, masing-masing makin dewasa, matang dan lawa sekarang.... Bila tengok pun lain dah... Bak kata muda-mudi zaman sekarang, makin cun la diaorang nie...

ayu

madie

lyna

eh eh...
deno macam mana sekarang?
tak berubah pun, kecik macam dulu jugak!!!!
hehehe....... :p

Deno harap satu hari, deno dapat berkumpul dengan ayu, madie dan lyna macam dulu. Banyak perkara yang deno nak kongsi... Rindu sanagt-sangat, insyaallah satu hari... 

I MISS YOU.......



HEPI BESDAY Lyna!



30 Disember 2010
hari ini ialah besday besfren deno



happy birthday!!

semoga Lyna panjang umur, 
sentiasa sihat, murah rezeki
 dan sentiasa dirahmati Allah swt... Aminn!

special kek for Lyna


miss you so much!! (^_^)

http://www.emocutez.com


Sekilas......... Diet!



SESETENGAH ORANG BEGITU mudah menambah berta badannya berbanding dengan orang lain. Jadi, makanlah dengan mengikut umur, berat badan kamu dan aktiviti yang dilakukan bagi mengimbangi keperluan kalori kamu!

GUNA SUSU RENDAH LEMAK bagi menggantikan santan dalam masakan kamu.Masukkan kentang, tomato atau bawang yang dikisar untuk memekatkan kuah.

KURANGKAN pengambilan makanan segera. Hadkan memakan makanan segera tidak lebih dari dua kali sebulan.

APABILA MEMBELI MAKANAN bertin atau berbungkus, bacalah label bagi membantu kamu memilih makanan yang berkhasiat dan menjimatkan.

SAMA ada di ruma atau di restoran, pastikan dahulu saiznya.

BELAJARLAH UNTUK MAKAN sekadar untuk mengalas perut dan bukanlah berhenti apabila perut benar-benar penuh.

SEBENARNYA, MAKANAN RENDAH LEMAK masih mempunyai lemak. Malah ada sesetengah makanan yang rendah lemak mempunyai kalori yang tinggi.

UNTUK KURUS,  KAMU MESTI MAKAN! Jangan sekat makanan tetapi makan ikut sistem berjadual.





Sekilas......... Sihat!



SATU CARA YANG paling pantas untk menghilangkan rasa pening dan mual ialah dengan menyediakan segelas banana mmilkshake yang dicampukan dengan sedikit madu.

KANDUNGAN KHASIAT YANG lengkap dari kacang hijau sangat baik untuk mengatasi pelbagai masalah kesihatan, antaranya anemia, beri-beri, buasir dan  gangguan hati.

JIKA SECARA TIBA-TIBA anda merasa sakit tekak dan batuk-batuk, cubalah minum segelas air bunga raya.

SETAHUN SEKALI AMALKANLAH pemeriksaan kesihatan. 

PENTING bagi anda merehatkan tubuh. Lakukan beberapa cara seperti meditasi dan bernafas yang panjang, Terapi yang baik ialah dengan berjalan kaki.



Dasar Munafik!!!!


       Memang sah!!! Memang dia yang buat! Memang dia!!!!!!!!!!! Kenapa jahat sangat dia tu??? Apa masalah dia? Dah la buat orang menderita, buat orang susah!!!! Kesian ******* deno...... Banyak menderita sebab dia!
Jahatnya!! Dulu dah buat, makin jahat nampaknya. Nampak warak, macam baik, sembahyang tak tinggal... Konon... cakap dia la cukup ajaran agama..... Selalu megah dengan diri sendiri, belajar kat sekolah agama konon... Realitinya! Tuhan je tahu!! Perangai macam setan!!! Eeeeiii!!!! GERAM!! Rasa nak bagi penyepak je! Rasa nak bunuh pun ada! Alim konon..... CisSSSS!!! Memang tuuuuuuuuuuuuuuttttttt la dia tu! Dasar MUNAFIK!!!!!!

http://www.emocutez.com


Berdosa tak?


       Deno rasa was-was la. Berdosa tak kalau kita syak seseorang melakukan satu kesalahan tu..... (kesalahan tak dapat disebut atas sebab-sebab tertentu). Kita syak sebab dia pernah buat kesalahan tu dulu, jadi bila berlaku lagi perkara tu, kita syak dia lagi. Berdosa tak...? Hmmm.....








Akikah


     Hari nie satu hari deno tak dapat online coz deno kat umah makcik, ada buat akikah untuk cucu baru makcik deno. Ramai la jugak orang tadi... Semua adik-beradik, sepupu sepapat berkumpul. Hubungan deno dengan cucu baru tu dikira sebagai anak sepupu deno la. Anak sepupu deno yang baru nie perempuan dan berumur 21 hari pada hari ini. 

Nama dia Nur Alesya Amani. Deno kira-kira tadi, Nur Alesya Amani tu adalah anak sepupu deno nombor yang ke 19. Deno ada ramai anak sepupu, yang paling tua anak sepupu deno berumur 25 tahun. Lebih tua daripada deno. Nur Alesya Amani yang paling muda. Jom kenal dengan Nur Alesya Amani... Ni gambar masa dia tidur tadi... heeee.. ^_^


(^_^)


Perlu ke macam tu?

  
      Fuuu... deno baru lepas makan... Kenyang... Hmm.. sambung blogwalking balik. Tadi deno singgah kat Blog kakLM, terbaca isu kena maki . Bila terbaca tu, deno tertarik pula nak buat entri nie. Deno pun pernah terbaca pasal isu nie. Semalam tak silap deno, sembangkosong ada juga singgah kat shoutbox deno, macam kakLM jugak, jemputan baca entri. Entri pasal satu lawak. Mula-mula baca lawak tu, deno ketawa sorang-sorang. "Menarik lawak nie.." deno kata dalam hati.

Tapi, bila baca komen-komen kat bawah tu, terkejut jugak deno. Dari senyum, deno jadi terkedu. Macam-macam ayat yang tak patut dikeluarkan ada kat situ. Siap ada maki-memaki, carut-mencarut dan hina-menghina. Perlu ke macam tu? Sedangkan perkara tu tak sepatutnya jadi macam tu...

Pada pendapat deno, tak salah kalau sembangkosong nak kongsi lawak tu. Kalau sembangkosong tak buat post tu, deno mungkin tak tahu lawak tu. Deno pun pernah post lawak-lawak di blog deno, semua deno ambil kat majalah, daripada kawan... Kat google pun banyak.. Tapi, tak pernah pulak ada orang marah-marah kat deno. Lebih-lebih lagi, niat deno hanya nak berkongsi cerita dengan sahabat2 blogger. Takde pula niat nak meniru atau senagaja menciplak karya orang lain.

Harap sembangkosong sabar dengan apa yang berlaku..  Marilah kita menyahut seruan kerajaan...

BUDI BAHASA
BUDAYA KITA

http://www.emocutez.com

~ Psst2, tak baik bergaduh... (^_^)


Penatnya Abah

    
Hari nie abah tidur awal.  Nyenyaknya abah tidur deno perhatikan. Penat tu.... Walaupun cucu-cucu abah buat bising dan menjerit-jerit, abah tak terjaga pun. Memang abah sangat penat hari nie... Biarlah abah tidur....

Hari nie semua adik-beradik deno ada di rumah. kaklong pun ada balik dari Johor. Jadi, rumah deno bising dengan suara anak buah yang ada, anak buah deno baru 3orang... Sarah, Amca dan Adam. Bisingnya macam ramai pula budak-budak yang bermain-main. Tapi, bising tu tak beri kesan pun kat abah. Abah tidur dengan nyenyak sekali dan sebenarnya abah tidur di sebelah deno yang sedang mengadap laptop nie.. Tidurlah abah sebab nanti deno terpaksa kejut abah untuk mengangkat air dialisis ke dalam bilik deno seperti biasa... Maaf ya abah!
pic : google





Kesian Abah...


      Malam-malam macam nie, ditambah pula dengan cuaca sejuk kerana hujan... Pergh!! Sedapnya kalau dapat makan ubi rebus dan minum pula kopi 'o' panas... Memang best... Selalu kalau musim hujan macam nie, nenek dan ma biasa buat ubi rebus! Enak dimakan ketika musim sejuk macam nie, hehe, musim hujan la.... Tapi, sekarang deno hanya minum milo panas nak kurangkan dingin malam nie.. heeee ^_^


google

Sekarang di Terengganu hujan je hari-hari, kekadang dari pagi sampai ke malam.. Hujan pula, kalau malam lebatnya sampai deno nak blogwalking pun, tenet slow je macam siput. Nak tak nak, sabar je la..

Pagi semalam deno ke hospital, macam biasa buat blood test. Kena buat awal coz next week deno ada 'date' dengan abang doktor :p. Alhamdulillah, senang je amik darah, sekali cucuk je, terus dapat. Biasa susah jugak, thanks kakCheAh! Hmm.. kakCheah ada beritahu air dialisis deno dah sampai dari KL, kali nie 50 kotak sampai. Maknanya stok air dialisis untuk 2 bulan. Banyak tu...... Jadi, esok abah kena pegi amik air dialisis yang berkotak-kotak tu.

Hmmm... sebenarnya deno kesian sangat kat abah, selalu kena angkut kotak tu sorang-sorang, dah la berat. Satu kotak pun deno tak larat angkat, pernah jugak nak angkat, tapi tak bergerak pun kotak tu. Abah siap gelakkan deno, "badan macam belalang, ada hati nak angkat kotak tu..." kata abah. Abah memang marah kalau deno cuba angkat kotak ubat tu, abah takut deno sakit. Tapi deno kesian kat abah. kalau dikira, dah 8 tahun abah buat sorang-sorang. Kalau la deno ada tenaga macam Badang, boleh tolong 

Deno kesian sangat kat abah, tapi bila deno cakap kat abah macam tu, abah cakap "kesian apa, memang tanggungjawab abah. tanggungjawab deno buat dialisis, makan ubat, jaga kesihatan.. tu je.. jangan nak gatal-gatal kesian kat abah nie.." Tu la ayat yang selalu abah cakap kat deno. Deno kesian abah, deno nak tolong jugak. Tapi deno tak kuat..

~ Psst2, pagi2 esok abah ke hospital nak amik air dialisis lagi.....


Me AND My Teddy Contest


Hai!! Lama deno tak update blog nie... Eceh, baru tiga empat hari sebenarnya... heeee... Hari nie, untuk memenuhi permintaan cik ayuCandy, sahabat deno yang tag deno. Okey, ayu tag Me and My Teddy Contest..Walaupun deno takde teddy yang comel-comel dan memang takde peluang nak menang, deno cuba jugak!

Ini banner contest ^_^


Comel jew budak kecik kat atas nie dengan teddy dia, deno sebenarnya takde teddy, da beri kat anak buah semua. Cuma ada Hello Kitty, tu pun kecik je, tak boleh lawan ayu punya... Ayu punya lagi comel, teddy dia pun besar! Jeles deno kat ayu... ^_^

Okey la, jom kita tengok deno dengan teddy deno. Ops!!! Silap la, deno dengan Kipling! Nama dia Kipling, kecik je. So, deno lukis kartun deno dengan Kipling... Jangan marah ya....

Ttadaaa...!!


hehe... takde gambar la...
kitty pun kecik je, jadi deno pilih kipling la...
kipling nie kakAna berikan sebagai hadiah masa pergi HK baru nie
comel tak? kipling nie warna pink tau!

thanks kat ayu coz tag deno ^_^


http://www.emocutez.com


PENAT



sesungguhnya hari nie sangat penat..

hari penat sedunia kot..

huuu.... selamat malam =_=



DENO Di Kuala Lumpur

Selamat malam semua... Hari nie deno tak dapat berblogwalking sebab deno seharian jalan2 dengan ma, abah, sarah, kakObie dan kakAna.. Pukul 10 tadi baru balik, nie pun baru siap buat CAPD iaitu dialisis manual. Biasanya kalau ke luar dari terengganu, deno akan buat CAPD barbanding CCPD. CCPD susah sikit nak kena bawa mesin, pastu kena bawa air ubat dialisis lagi... Tu tak masuk wayar yang berpaket-paket. Kalau buat CAPD, cuma bawak air ubat dialisis je.. heeee.. Macam nie la deno, dialisis nie macam nyawa deno, kalau tak buat nanti sakit.

Penat satu hari, nie baru boleh rehat dan buka blog nie. Sambil tengok citer kat TV3 nie, apa entah nama citer nie, Indiana Jones? Da lupa dah... Seronok walaupun letih dapat jumpa kakObie dan kakAna yang da lama tak balik terengganu.. Rindu la katakan, tapi kakAna tetap dengan hobinya yang suka membuli. Macam biasa la.. mak datin... kata sarah.. hahaha..

Esok ingat nak pegi jalan-jalan kat Pusat Sains Negara, deno ada terbaca dalam surat khabar tentang pameran dinasour besar-besaran kat situ. Jadi, nak ajak ma dan abah pegi la.... heeeee... Okey la, deno nak berblogwalking jap.. Tata.. ^_^


kona aka datin wanabe
wit deno

http://www.emocutez.com


Weird Restaurant


Under Water Restaurant





Treehouse Restaurant




Sky Restaurant




Toilet Restaurant





Flight Restaurant




Hospital Restaurant




(^_^)


Sabar Je la...



Hari nie cuaca elok sahaja. Tak hujan pula di Terengganu nie, boleh jemur pakaian dengan cuaca yang panas.. Kalau tak, jemur pakaian tingkat atas je la... Harap2 cepat kering la... Lepas jemur, Sarah ajak main Lego pulak, layan la kejap.... Macam-macam bentuk buat.. Seronok jugak, teringat zaman kecik2 dulu mana ada mainan macam nie. Dulu famili susah....

Sedang syok2 main tiba2 deno terbau asap.. Tercari-cari deno kat mana. Intai punya intai, rupa-rupanya jiran deno bakar sampah tepi rumah. Dah la tengahari.. Bakar sampah betul2 tepi rumah, dekat dengan pakaian yang dijemur! Geramnye!! tak nampak ke pakaian orang sebelah nie tengah tersidai, belum pun kering lagi... Habis semua bau asap! Busuk! Dah la die tu bakar getah, tau je la, kalau bau getah dibakar macam mana. dengan sampah lagi die bakar.. Jiran deno nie, x pernah buang sampah, die bakar je.. Terpaksa deno angkat pakaian yang dijemur! Rasa je nak 'sound', tapi takut bergaduh pulak nanti. Nie bukan kali pertama, boleh kata setiap minggu tu, ada la 2 3 kali dia buat macam tu.. Tak fikir ke jiran sebelah sini jemur baju.. Tak guna otak betul! Kalau nak bakar sampah pun, bakar la petang ke... Masalah nie tak pernah sudah.

Tu baru satu masalah, anak jantan dia tu. Memekak je kejenye... dulu masa deno kecik pasang radio kuat2. Sekarang, motor pulak. Kuat betul bunyi motor tu, preng situ, preng sini.... Ala motor budak rempit tu.. Adam selalu tak dapat tido sebab bunyi motor tu... Memang tak respect orang betul!! Mak ngan ayah dia buat taktau je.. Hari tu, kakNgah geram coz Adam asyik nangis x dapat tido, kakNgah deno 'sound' je terus, dengan siap pisau kat tangan. Eh, jgn salah faham! Masa tu kakNgah potong bawang, tapi sebab bunyi motor yang buat Adam tak boleh tido, terus dia pegi marah dengan pisau kat tangan.. heeeee:p

Geram jugak deno coz kita je nak kena hormat dia! Dia satu famili tak pernah pun hormat famili deno... tapi nak buat macam mana kan.. Nanti kalau bergaduh, tak manis pula coz dah berjiran 15 tahun pun... Nampkanya takde apa yang boleh deno buat... sabar je la...


~ Psst2, bukan niat mengutuk, sekadar luahan perasaan..

Beginikah Anda?



-bila seronok, aku cari.... pasanganku
-bila sedih, aku cari.... Mak

-bile berjaya, aku ceritakan pada.... pasanganku
-bila gagal, aku ceritakan pada.... Mak

-bila bahagiam aku peluk erat.... pasanganku
-bila berduka, aku peluk erat.... Emakku

-bila nak bercuti, aku bawa.... pasanganku
-bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.... Mak

-selalu.... aku ingat pasanganku
-sealu.... Mak ingat kat aku

-bila2.... aku akan telefon pasanganku
-entah bila.... aku akan telefon Mak

-selalu.... aku belikan hadiah untuk pasanganku
-entah bila.... aku belikan hadiah untuk Mak

Renungkan...
-"kalau kau sudah habis belajar dan bekerja.. bolehkah kau kirimkan wang untuk mak?
-mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah"
-berderai air mata jika kita mendengarnya

Tapi kalau Mak sudah tiada...
MAKKK.... RINDUUU MAKKK!!!!.... RINDU SANGAT!!!

-berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya...
-berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya...
-berapa ramai yang sanggup mengganti lampin ibunya...
-berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya...
-berapa ramai yang sanggup membuang ulat di luka dan kudisnya...
-berapa ramai yang sanggup berhenti ketja untuk menjaga ibunya....

dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang jenazah ibunya....

~  renung-renungkan.........



Makanan Untuk Keperluan Kulit



Wajah awak pucat?

Lebihkan pengambilan zat besi, protein, iodin, kalsium, tembaga (copper), kobalt dan vitamin B. Antara makanan yang disyorkan ialah kuning telur, keju, ayam, ikan, nasi, kentang, kekacang, bijirin dan pisang.

Wajah awak berjerawat?

Tingkatkan pengambilan daging tanpa lemak , hasil tenusu, lobak merah, aprikot, bayam dan brokoli. Semua ini adalah sumber zink terbaik yang menghasilkan kologen dan elastin demi meningkatkan keanjalan dan kecantikan kulit.

Kulit awak berminyak?

Awak nampaknya kekurangan riboflavin. Selain mencuci wajah dengan pencuci bebas minyak dan mengamalkan suplemen tertentu, lebihkan pengambilan buah badam, soya, susu rendah lemak dan telur. Ia mampu menghalang pengumpulan minyak di bawah lapisan kulit.

Kulit awak kering dan menggelupas?

Lebihkan pengambilan vitamin E dan A. Begitu jiga dengan pengambilan susu rendah lemak, buah-buahan, sayur-sayuran, bijiran dan kekacang.  Vitamin A meningkatkan keanjalan tisu kulit manakala vitamin E yang kaya dengan antioksidan membantu mengurangkan masalah kedutan.



Jom Tengok! Jom laa....


Hari nie xde idea nak buat post baru, kalau abgBen, setiap minit ada idea nak update blog die. Cayalah abgBen!!! AbgBen pun pernah cakap, kita pun boleh post entry lama.. Kak diana pula, hari2 ada idea yang best.. Rugi tau tak pegi blog abgBen n kakdiana... Deno selalu pegi melawat diaorang tau! So, harap2 korang enjoy dengan post lama deno ya...

~ Psst2, jom tengok!! (^_^)


Buat Hal Lagi!!(2)

today no BW

coz my b****band is ba ye ngong!

like snail....


~ Psst2, sori Gary, terambil gambar awak pulak!


Happy Birthday Semut


Happy birthday Sarah!!
da besar anak buah kesayangan cikcu nie
hari nie genap 7 tahun umur sarah aina

cikcu doakan Sarah sentiasa sihat
sentiasa ceria, sentiasa dimurahkan rezeki..
dirahmati Allah swt dan dipanjangkan usia...

walaupun Sarah kadang2 nakal dan buat cikcu selalu hilang suara
cikcu tetap sayang Sarah!! ingat tu Sarah yaaa......
sarah kan semut cikcu no1
paling rapat dengan cikcu sebelum Amca n Adam

 jom layan gambar2 Sarah Aina aka semut

2 tahun


4 tahun

6 tahun

sekarang...

sayangggggggg sarah!
^_^


Adam Dengan Spek


adam buat latihan
adam pakai spek
bila banyak buat latihan
mata adam cepat sihat dan baik

comel jugak adam pakai spek
spek biru.....

. lepas operate dulu
memang selalu kena pakai spek
cerita pasal adam ada deno bagitau dulu..

(^_^)

Ketagih?



malam jumaat baru nie deno demam dan sakit badan.... mayb coz deno x makan ubat steroid deno. prednisolone nama ubat tu. deno stat makan steroid ni sejak sakit, nak masuk 10 tahun la... kadang2 deno malas nak makan ubat2 wajib pagi2. ye la... macam xde keje lain, celik je mata pagi2 kena telan ubat, kalau dihitung sejak 10 tahun yang lalu, da beribu-ribu ubat masuk perut deno nie. tu baru ubat prednisolone, tak campur ubat calcium, localtrol, vitamin B,  enalapril, invoril, micardis, amlodipine...... kena makan hari-hari pulak tu!

jadi sakit2 satu badan, demam dan lemah2 sendi kalau x makan steroid tu, nak bangun habis sakit.. tu baru x makan sehari, kesan dia memang 'best' la jugak... padan muka dengan diri sendiri! hihihi... patut la doktor x pernah stopkan ubat nie, memang kesan dia sangat kuat sakitnya kalau x makan steroid tu. jadi macam ketagih pulak!

doktor cakap, memang orang sakit kronik kena makan steroid nie, steroid nie fungsinya untuk melemahkan penyakit atau menidurkan penyakit tu supaya tak aktif.  nenek deno pun pernah makan masa kena asma teruk dulu. tapi yang tak bestnya ubat steroid nie kalau makan banyak, contohnya dalam 6 biji, muka deno akan jadi sangat bulat seperti bola. dulu deno malas makan steroid nie coz kawan2 selalu ejek, muka deno macam doraemon. deno stat makan steroid nie 12 biji, lama2 da kurang coz ada kesan sampingan yang buruk kalau makan banyak dalam tempoh lama. tulang akan cepat reput, mata jadi rabun dan sendi jadi lemah.. masa SLE deno aktif, deno pernah berkerusi roda coz x dapat berjalan. 

deno pun kena minum banyak susu coz tulang x kuat. ubat nie memang wajib makan, tapi kadang2 tu memang malas makan... jemu rasanya.. kalau ma abah tahu deno x makan ubat hari tu, mesti deno da kena ceramah free.. hehehe.. tapi sehari je x makan, lepas sakit2 tu, rasa menyesal x makan...

~ Psst2, jemu makan ubat!


Terfikir-fikir


   Terlihat mereka gembira sama-sama... deno pun gembira untuk mereka.. tapi pada masa yang sama hati kecil bertanya, kenapa kalau mereka bersama, tentu lupa deno.. soalan tu bermain-main di fikiran deno... kalau ke mana2, deno tidak diundang bersama,. memang selalu macam tu. mungkin deno tak secantik or secomel or seputih or sebijak or sepandai or setinggi diaorang. deno hairan, kenapa ya...?

nasib baik seorang sahabat lama ingat deno, terubat deno dengan wajahnya yang ceria, suka bercelotah dan membuat deno ketawa. apabila berjumpa dengannya, deno rasa sangat gembira dan tenang. segala kusut hilang dari minda dan perasaan yang sedih hilang juga. deno jadi tak kisah pula selepas jumpa sahabat ini.. deno bersyukur dapat sahabat sepertinya, memahami deno.........

~ Psst, deno insan biasa, sekadar luahan hati kecil dno...

Amazing HolidayS!


New beach in Japan!



Skywalk Grand Canyon!








Theme park in LA!






Tennis match in Dubai!








A mountain tour!







Happy Holiday!!
(^_^)