Tanda-Tanda Korang Kuat Bekerja


  • Mempunyai dua, tiga kerja extra yang dibuat part time selepas waktu bekerja normal... bukan nak cari pendapatan lebih tapi memang korang suka melakukan kerja.
  • Kawan-kawan dah lepak ngan anak cucu bila bersara tapi korang still sambung kontrak nak buat kerja.
  • Korang sedih dan pilu sehingga teresak-esak menangisnya bile tengok jam dah nak habis waktu bekerja... sayang nak meninggalkan kerja.. kalaulah masa boleh berhenti...
  • Motto hidup korang ialah "Hidup untuk bekerja" bukan "bekerja untuk hidup"
  • Berasa sangat stress dan tak tentu arah bila tiba hari cuti... memang tidur tak kenyang, makan tak basah, mandi pun tak lena dibuatnya... rindu untuk bekerja...



~ Psst2, saya suka buat kerja :)


Hi Hi Terengganu


bismillahirrahmanirrahim...

baru bertolak dari kl ke terengganu

insyaallah selamat sampai..




~ Psst2, dalam perjalanan balik :)


Senaman Otak # 1

 "otot saya menangis"

cuba teka apa maksudnya





~ Psst2, otak dah bersenam belum hari nie?

Lebih Baik

Lupakan apa yang berlalu... 

mulakan hari baru dengan lebih baik




~ Psst2, dia inspirasiku.....

Perlu Jaga

Emm... lama tak update blog. Deno sekarang di kl, semalam jumpa specialist jantung di Damansara Specialist Hospital. Ada berita baik dan tak baik...

Berita baik keadaan jantung deno sekarang okey seperti doc kat terengganu cakap dan perlu makan ubat secara berterusan.

Berita tak baik injap memang ada bocor dan memang perlu jaga.. tak boleh kena jangkitan kuman dah sebab kalau kena lagi macam bulan 4 baru2 nie, keadaan jantung jadi makin teruk dan kena bedah untuk ganti injap.. semua tu sakit......


Deno takut.. sedih.. dan berharap semua yang tak baik itu tak berlaku sebab deno rasa tak kuat nak hadapi semua itu lagi..




~ kuatkah aku? aku manusia biasa.....


Ku Sangka Kan...... Rupa-Rupanya....



~ Psst2, terkezut!!!


Bocor

Adam Khaleef bangun dari tidur terus bermain kereta mainan kesayangan dia... deno panggil dia nak cium seperti biasa deno buat pagi2 setiap hari..

cikcu : khaleef, mari sini cikcu nak sayang sikit..

adam : hehe..

cikcu : nape sengih2 nie... mari la...

adam : hehe..

cikcu : haaa..... khaleef uk uk ek.... sini cikcu tengok...

adam : eh tak tak tak... 

tiba2 dia berjalan nak ke depan tv tapi yang peliknya jalan terkangkang-kangkang..

cikcu : khaleef! stop situ... (pergi cek pampers die..)

ada : jangan! jangan! bocor!


rupa-rupanya  pampers adam da bocor... terus bawak pergi toilet!




~ Psst2, ragam anak buah... :)

Itu Memang Diriku

S L E

Systemic Lupus Erythematosus



Sensitif . Lemah . Emosi


itu memang diriku sejak bersama sle




~ Psst2, hujan lebat..


Ingat Allah Ketika Susah Dan Senang

Kita sebagai manusia perlu mempunyai hati yang takutkan Allah tidak mengira waktu susah dan senang. Manusia seperti ini akan sentiasa melakukan kebaikan dan melakukan ibadah tidak kira siang atau malam kerana takutkan azab Allah di hari akhirat dan ingin mendapatkan keredhaan dan rahmat Allah.


Keikhlasan manusia untuk mendekatkan diri kepada Allah adalah tanda terima kasih di atas segala nikmat yang diperolehi.

Kepada Allah kita mengadu... kepad Allah kita bersyukur.

Kesimpulannya, kita sebagai hamba perlu sentiasa mendekatkan diri kepada Allah tidak mengira waktu susah atau senang..... sentiasalah ingat padaNya yang satu....



~ Psst2, muhasabah diri..


Cuti Seminggu

Dah banyak hari tak berblogging.. busy dengan assignment yang bergunung.. semester nie memang mencabar

Berbalik kepada tajuk entry, bermula hari ini, deno cuti seminggu sebab cuti midsem dah bermula.. seminggu je... tak lama, dan yang tak bestnya lepas cuti nanti akan ada test bagi semua subjek.. dah tentu2 kena prepare kan... jap lagi nak study :)

Biasakan kalau cuti orang pergi makan angin... tapi deno cuti ni nak kena ke hospital.. tak habis2 hospital! macam takde tempat lain.. 25hb nanti deno terpaksa ke kl sebab ke KPJ Damansara untuk jumpa cardio specialist.. bosan betul!




~ Psst2, cuti2 malaysia ke hospital.. ada ke..?

Hari yang penat

sangat penat

see u soon

Kebaikan Lendir Pokok Lidah Buaya

            Tahu tak apa itu lidah buaya? Lidah buaya atau dikenali sebagai aloe vera ialah sejenis tumbuhan atau pokok yang ada banyak khasiatnya.. ia juga jenis pokok yang mudah untuk dijaga.

Hari nie deno nak berkongsi khasiat pokok lidah buaya dengan korang.. deno tahu khasiat lidah buaya nie dari nenek deno.. ma deno pun ada tanam pokok lidah buaya...


Cecair atau lendir di dalam lidah buaya boleh melebatkan rambut dan menghilangkan kelumumur.. Kita boleh ambil lendirnya dan sapukan pada rambut... lakukan sekerap mungkin dan  kesannya boleh kita lihat dalam masa beberapa bulan.. insyaallah hasilnya pasti memuaskan.. :)

Selain itu, lendir lidah buaya juga boleh menyembuhkan luka dan kesan lecur.. deno sendiri pernah guna lendir lidah buaya semasa lengan deno terkena minyak panas.. deno cepat2 sapu lendir lidah buaya dan kesan lecur memang cepat hilang! rasa pedih pun kurang.... ajaib kan?



~ Psst2, kenapa dipanggil lidah buaya?