The Smile On My Face


i love to smile


why...



p/s: bersyukur di atas segala nikmat kurniaanNya... sesungguhnya allah takkan menguji hambaNya melebihi kemampuannya :)


Syukur :')


*entry panjang T_T

Air mata gembira mengalir.. terharu.. perasan bercampur-campur..

 


Deno mula mendapat SLE ketika berumur 10 tahun.. apalah yang deno faham pada waktu tu... zaman kanak-kanak deno tak seperti kanak-kanak biasa.. deno banyak tinggal di hospital kerana deno selalu sakit.. deno perlu rawatan.. deno tak boleh bermain.. deno hanya melihat kawan dari jauh... makin teruk bila deno berumur 12 tahun.. hanya 40 hari di sekolah dan selebihnya deno berkampung di hospital sehingga deno menduduki UPSR. alhamdulillah... deno berjaya cemerlang..

di alam sekolah menengah.. sama seperti dulu.. sakit makin menjadi-jadi.. "dia" selalu datang walau sebaik mana pun deno jaga kesihatan deno.. sejak dulu hospital menjadi rumah deno.. deno benci "dia" tapi "dia" selalu dekat dengan deno.. kerana "dia" deno ditengking guru kerana lama tak hadir ke sekolah.. kerana "dia" juga deno tak punya ramai kawan... keluar masuk hospital setiap bulan perkara biasa sampai deno naik jemu.. tapi deno ingat nasihat ma dan abah supaya deno sabar.. sehinggalah deno mengambil SPM.. sesungguhnya allah maha besar, deno mendapat keputusan yang baik.. alhamdulillah...

akhir 2007.. deno menyambung pengajian di UiTM.. gembira deno hanya allah tahu.. semester pertama, deno sedang bersemangat belajar .. tapi "dia" datang lagi.. deno sakit dan terpaksa menanggguh pengajian.. itu sahaja yang deno buat sejak tahun 2007 sehingga bulan oktober baru-baru ini.. rakan-rakan deno semuanya telah hampir tamat ijazah tapi deno? semuanya kerana "dia".. sememangnya deno takkan dapat lupa kenangan deno sepanjang belajar.. banyak sungguh rasanya dugaan dan cabaran yang allah bagi pada deno.. deno cuba untuk tak merungut sebab deno tahu, ada rakan di luar sana yang mempunyai ujian yang lebih besar daripada deno..

deno bersyukur mempunyai keluarga yang sangat penyayang dan memahami deno serta kawan-kawan yang banyak memberi deno sokongan..

takkan deno lupa jasa ma dan abah yang berusah payah menjaga deno di saat deno sakit.. ma tidak jemu menjaga deno siang dan malam.. abah pula tak pernah merungut mendukung deno setiap hari ketika deno tak dapat berjalan dan bangun.. keempat-empat kakak kesayangan deno yang sentiasa memberi deno semangat, membantu deno di saat deno memerlukan.. merekalah semangat deno

kawan-kawan...
kenangan kawan-kawan memapah deno menaiki tangga untuk ke kelas.. kenangan kawan-kawan yang tolong tuliskan nota untuk deno.. kenangan kawan-kawan yang tolong ajarkan pelajaran yang deno tertinggal kerana deno sakit di hospital.. kenangan kawan-kawan melawat deno di hospital.. banyak sungguh kenangan di situ...



xxxx


10am

deno : ma abah..... adik lulus semua! "crying"






p/s : semester lepas adalah merupakan semester terakhir deno.. deno tak dapat mengambil final exam di kampus kerana SLE aktif dan deno sakit.. deno hanya sempat mengambil 1 paper final exam di hospital kerana keadaan deno yang tak mengizinkan.. selepas sebulan di hospital, deno discaj dan pihak kampus memberitahu deno yang deno boleh mengambil baki 2 paper final exam yang deno tak dapat ambil di hospital... deno baru dapat result dan alhamdulillah deno lulus semuanya dengan baik... ya allah.. deno rasa macam tak percaya setelah menangguh 4 semester pengajian, koma di ICU pada tahun lepas, berkampung di hospital berbulan-bulan lamanya... syukur... terima kasih allah... akhirnya ia tamat juga......:')



Hampir Seminggu Di Sini



Hampir seminggu di rumah kaklong...

pintu bilik amca


hampir seminggu juga tak berapa nak update blog sebab takde lappy sendiri,, ini pun pakai yang kakak.. sekejap sekejap je...

nanti minta ma bawa lappy la datang sini.. hihi :p




p/s: ada berita gembira... "nangis"

Awal Pagi......


Pagi tadi.... 7am


deno : kaklong... jadi tak hari ni....

kaklong : tak tau lagi... kaklong tak jumpa la GPS kaklong kat mana... kaklong nak cari dulu.. kalau tak jumpa tak boleh pergi lagi la hari ni...

deno : takpe.. kaklong cari la dulu...



9.30 am

kaklong : adik.. kaklong dah jumpa GPS kaklong... bersiap la.. nanti tolong ingatkan kaklong kad autodebit kena amik.. pastu jangan lupa pasport deno, letak dalam beg kaklong

deno : okeh.. deno siap jap.... kakak...!! amca..!! siap cepat kita jadi pergi hari ni...

kakak (sarah) dan amca : yeay!!!!




p/s: penat betul tadi.. seharian... 11pagi pergi dan 10malam balik... tapi memang enjoy dan awesome! macam taknak balik.. haha... nanti deno cerita eh :)


Dressing My Tenchkoff


Okeh.. nak buat CAPD dulu...

then bersiap nak ke hospital!
lupa nak kena dressing... dressing mende alah ni..

-google-

macam biasa.. memang kena dressing sokmo


^_^



p/s: hospital sokmo... ish3


Hias-Hias


Bersama sarah lagi..

apa aktiviti hari ni ya... aktiviti cikcu dan anak buahnya sarah yang manja... haaaaa... tadi hias bilik sarah, ikut je la.. nanti merajuk susah nak pujuk...

deno lukis lukis, gunting gunting, tampal tampal... semua guna kertas warna..
okeh, dah siap pun! phewww...






ok nak rehat.. bye ^^



p/s: cuaca dah mendung kat sini...


Tahan Lasak


Dah hampir sebulan..

sejak peristiwa henpon deno sakit hari tu.. deno belum hantar ke kedai untuk dibaiki lagi.. bimbang jugak nanti kena caj mahal kan.. tunggu la...

sejak hari tu.. still pakai henpon kecik ni..  stok henpon abah.. tak payah beli.. hehe.. biasa tapi tahan lasak tuuuu.. memang ohsem betul lasaknya!

dibeli pada tahun 2008


tahan lasak nih.. jatuh dari tingkat satu pun bleh pakai lagi.. siap terpelanting dan bergolek-golek jatuh tangga.. hihi.. tahan kan.. ^^





p/s: sekarang nak snap gambar terpaksa pakai cam.. sabo je la.. :p


Hari Yang Santai


Berada di rumah kaklong..

tak perlu pergi hospital.. semua doktor deno dah jumpa last week.. jadi kat johor ni dapat la relax dengan cuaca yang baik dan cerah.. deno bersama anak buah yang masih dalam mood cuti sekolah..:)

sangat santai hari ni.. berehat sambil online dan tengok tv.. cerita apa? hmm.. ikut sarah la nak tengok apa, cikcu ikut je... hehe

upin ipin .. memang peberet anak buah

tengok sarah tuuu...

ni siapa punya ni...? deno laaa... haha


sangat santai hari ni..
cuaca baik... alhamdulillah... :)



p/s: tak lama dah nak masuk tahun baru...



Nampak Tak......


idea yang kreatif!

 


p/s: nampak tak apa yang kreatif? :)

Setelah 12 Jam..


Setelah 12 jam....

dah sampai.....

Phewww....

setelah 12 jam.. akhirnya sampai juga deno di Setia Tropika, JB... deno sebenarnya bercuti di rumah kaklong.. hehe...

sangat penat perjalanan 12 jam dari terengganu ke johor bharu.. perjalanan yang sepatutnya 8 jam menjadi 12 jam disebabkan banjir.. bayangkan perjalanan deno bersama kaklong menempuh hujan lebat yang berjam-jam lamanya... mengharungi jalan yang dinaiki air di cherating.. air sangat dalam.. memang mendebarkan kerana banyak kereta yang mati enjin semasa mengharungi jalan raya yang ditenggelami air.. perjalanan pun jadi sangat perlahan..

masa melalui jalan raya yang banjir tu.. jantung berdebar laju kerana bimbang kereta kaklong mati tiba-tiba.. nasib baiklah kereta berjaya mengharungi air banjir tu... tapi bukan setakat di cherating je, sepanjang perjalanan pun banyak jalan raya ditenggelami air.

alhamdulillah.. bila dah masuk kota tinggi hujan pun beransur kurang.. deno dan famili kaklong selamat sampai rumah tepat 10.30malam tadi.. lega sangat-sangat.. :)



p/s: penat... nanti deno free deno ke blog korang eh.. tata ^^


My Mask.. My Hero


wearing mask
* ...wearing mask is good for me  

 

Mask atau dalam bahasa melayunya "topeng muka" telah menjadi hero deno.. hehe.. kenapa?

sejak musim hujan ni, ramai betul pesakit dalam rumah.. ada yang selesema, batuk, demam... deno pula alhamdulillah sihat.. :)

tapi.. bila ada SLE ni kan.. tahu-tahu je la antibodi badan deno lemah, jadi terpaksa la pakai mask dalam rumah.. jadi dengan memakai mask dapat melindungi deno daripada jangkitan-jangkitan virus yang tidak diundang.. dua bulan lepas deno batuk 3 minggu tu sebab berjangkit dengan kawan la..

jadi bak kata pepatah.."sediakan payung sebelum hujan".. 



p/s: deno buat CAPD pakai mask.. dressing pakai mask.. jadi setiap hari pun pakai mask.. pendek kata mask dan deno adalah kawan baik.. hehe :)

Hujan Berterusan


Oh hujan!!!

Hujan lebat dan selebatnya berterusan dah dua hari termasuk hari ni... sekarang pun still hujan.. sejuk tak tertahan-tahan sampai berbungkus satu badan.. tak cukup dengan sweater deno berbungkus pula dengan comforter... sejuk!!!

Air sungai belakang rumah pun dah naik.. jalan-jalan pula banyak dah tenggelam.. tadi pun kereta kawan abah terperangkap dalam air..harap-harap rumah tak banjir..



p/s: air sejuk macam ais.. burrr...


GRILL


Riuhnya rumah!

Semua ada di rumah.. kaklong, kakngah, kak obi, kak ana.. anak anak buah.. penuh satu rumah!

Malam tadi dinner dengan cara yang berbeza.. kakak-kakak deno tiba-tiba plan nak buat grilled burger for our dinner! awal petang kaklong, kakngah dan kak obi dah beli siap-siap bahan-bahan for da grill!

ada chicken pattits, marinated lamb, good grad of grill beff dan yang sewaktu dengannya... hoyeh !! ^_^


 

 



 

 



alhamdulillah.. :)



p/s: deno tolong makan je.. hihi.. ^^

If You Have A Problem




p/s: kan kan kan... hehe

Deno Minta Doa Daripada Semua


Maaf kwn2 suria da teruk skrg kaki jem da xleh gerak mlm td da baceaan yassin lps tu ok then jd blik sle aktif n serang bdn suria doakn suria tabah n kuat utk lawan smue nie syg u all

Deno nak minta tolong.. minta  bantuan korang...

rakan seperjuangan deno.. Suria.. SLEnya sedang aktif dan sekarang berada di hospital.. katanya semalam da teruk kakinya jadi jem dan tak boleh gerak.. 

suria sayang.. semoga adik cepat sembuh dan SLE tidur kembali.. sabar dan tabah ya dik.. insyaallah..



p/s: SLE boleh datang menyerang tiba-tiba... SLE... learn about it

Kami Yang Bermata Empat


Mata empat..

apakah... apa mata empat.. adakah alien mempunyai mata empat..?

mata empat biasanya gelaran untuk orang rabun dan bercermin mata... kadang-kadang kawan-kawan cakap deno nerd sebab pakai cermin mata.. ish3..

tapi.. bukan deno sorang je tau... semua pakai cermin mata... semua kakak deno.. kaklong, kakngah, kak obi dan kak ana pakai cermin mata.. termasuk la deno.. hihi


deno and da siblings! ^^


ma abah pun bercermin mata...

bila dah satu rumah pakai cermin mata.. kadang-kadang terlalu banyak cermin mata sampai tertukar... kadang-kadang terlupa letak mana.. kadang-kadang terduduk atas cermin mata... macam-macam.. haha..:p




p/s: anda bermata empat? hehe


Banner Doodle's Giveaway By n.i.e.y.x.z.h.a



giveaway again!
rajin pula join giveaway hari ni...hihi :)

nak join? klik SINI



p/s: jom ramai-ramai join! :)


Limited Edition Giveaway By Dysha Sahhir



giveaway from dysha!
blog yang sangat kawaiiiiii.... nak join?  

klik SINI

due date : 31 Disember 2012



p/s: semua comel di blog kak dysha:)


Oh Macaron!


Comel dan sedap!

Itulah macaron yang berwarna warni dan sedap.. manis-manis gitu... makan pun sampai terpejam-pejam mata.. *terbang kejap ke disneyland.. hehe

tersilap hasilkan kartun macaron pulak.. hehe..

 
 



da real macaron!





 p/s: macaron dan macaroni .. mana lagi best? saya pilih macaroni! korang? ^^


Bila Adam Buat Muka


Malam ni dinner di luar

hoyeh.. hoyehhh!! lepas buat CAPD terus bersiap.. dinner di T-Time Cafe sebuah cafe baru di bandar... hmm... gambar cafe tu pun tak sempat nak amik..

adam cepat bosan.. budak kecik biasanya memang cepat bosan kan.. jadi deno layan dia bercakap sambil snap gambar.. suka sangat dia.. hihi ^^





bila adam buat muka macam ni.. kadang2 dia buat nakal sikit pun tak rasa nak marah.. nak cium banyak2 ada la.. hihi...



p/s: adam still nangis bila deno beritahu nak ke jb.. penin2...



Jimat Di Kampung!


Saya budak kampung?

ya.. saya memang tinggal di kampung.. kenapa.. tak percaya haaaa?

sebenarnya tinggal di kampung ni best! kampung ni tempat yang relax dan udaranya segar tak berdebu.. sawah yang hijau.. ada sungai.. pastu tinggal di kampung ni jimat ^^

kenapa? ya la.. deno tinggal kat kampung jadi deno tahu la.. hahaha :p

sebabnya kalau nak makan durian, duku dan pisang tu... tak perlu beli sebab abah dah ada kebun.. pokok manggis dan rambutan pula ada sebelah rumah ni ha... last week.. hari-hari makan sebab dah masak banyak.. abah deno amik dari pokok dua bakul.. anak buah deno si sarah.. beruntung betul balik bercuti rumah tok abah bulan ni.. :)

pastu.. kalau nak minum air kelapa pun mudah.. amik je kelapa muda kat pokok kelapa depan rumah tuuu... nak santan? pun senang.. biasanya abah atau ma amik kelapa tua kat pokok sebelah rumah ni... hehe.. tak payah beli santan dalam kotak tuuu..

haaa... macam bahan kat atas ni pun tak perlu beli sebabnya pokoknya dah ada kat belakang rumah.. kalau nak just petik.. buah limau nipis tu besar juga buahnya.. kalau beli kat supermarket mahal jugak kan.. :)

sama macam kunyit, lengkuas dan halia.. tak perlu beli sebab dah ada belakang rumah.. kat situ pun dah jimat^^ dulu kan.. deno selalu tertukar antara halia dan lengkuas.. ma minta tolong amik halia deno amik lengkuas.. hehe.. nak buat macam mana bentuk dan rupanya lebih kurang...  :p




p/s: malu ke tinggal di kampung?best apa... ingat.. takde kampung takde bandar tau :) 


Cara Buat Telur Dadar Ala Barat


deno nak share resipi lagi!

bahan pun tak susah
nanti kita campak-campak je dalam kuali leper.. hehe

okey... dah sedia? jom buat!

BAHAN-BAHAN

 


CARA-CARA :

1. Pecahkan dua biji telur (atas masing2 nak berapa telur) ke dalam mangkuk dan kacau rata.. letak garam sikit.. kalau nak letak serbuk lada hitam sikit pun takpe, then letak tepi.

2. Potong nipis bawang besar dan cili besar.. potong dadu sosej dan lada benggala.. potong dua bayam kecil.. ok, letak bahan yang kita potong dalam mangkuk asing*jangan campur dengan telur!

3. Panaskan kuali dan letak sedikit minyak.. ok... dah panas.. mula2 masukkan sosej dulu.. sekejap je, lepas tu terus boleh masukkan semua bahan yang dah potong tadi.. (bawang besar, lada benggala, cili besar dan bayam kecil).. 

4. Kacau-kacau sikit bahan-bahan tu dalam seminit.. 

5. Kemudian tuang bancuhan telur atas bahan-bahan kat atas.. bila dah nampak macam melekat semua bahan dengan telur... haaa... ni paling best.. amik mozarella cheese dan parut atas telur yang tengah panas tu... atas masing2 nak banyak mana tapi deno suka lebih cheese tu.. hehe

6. Bila dah nampak masak.. korang lipat dua telur tu jadi macam mamak lipat tosey tuu... ok, dah... boleh angkat!

apa lagi.. jom la makan!



p/s: omellete ni sedap makan macam tu je.. tak makan dengan nasi... dah ada sosej, bayam kecil, lada benggala dan bawang.. pastu ada cheese lagi.. memang kenyang!  Makan dengan sos pun sodap!^^

Sehari Yang Tak Sihat


Semalam tak sihat

tiba-tiba badan jadi sejuk, lemah dan seluruh badan mencucuk-cucuk.. hanya tuhan tahu betapa seksanya rasa mencucuk-cuck tu.. rasa mcm kena cucuk jarum pun ada... tak boleh duduk diam sebab rasa tu menjadi makin kuat...

semalam tak makan pun.. deno rasa pelik sangat.. last-last semalam deno demam kuat.. bimbang jugak si encik SLE datang balik.. dengan rasa sejuk.. semalam seharian hujan..

alhamdulillah bangun pagi ni dah sihat dan okey balik... :)





p/s: lega sangat tak sihat tu tak lama^^

Sepetang Bersama Adam Dan Sarah


Hari ni ke perpustakaan lagi..

anak buah deno suka sangat ke sana.. walaupun hujan tetap nak pergi.. pergh... punyalah sejuk dalam tu, macam nak beku rasanya.. ditambah pula hujan.. makin sejuk.. biasanya sejuk2 biasa je, tapi hari ni lain macam sejuknya..

lama juga la ke perpustakaan tadi.. sarah baca buku dia.. adam pula suka baca buku yang besar tu.. paling adam suka cerita katak.. hihi

sempat snap satu gambar^^




p/s: minggu depan sarah balik jb


Le Lanun Ranggi Contest


Contest!

Malam ni deno join contest dari blog Lanun Ranggi.. sebenarnya deno baru je jumpa blog Lanun Ranggi beberapa hari lepas.. kebetulan pula ada contest! jadi deno nak cuba la.. hehe..

 join dengan click banner

hadiah-hadiahnya pun menarik!
syarat-syaratnya pun sangat simple ..  mudah kita nak join
jarang deno jumpa contest yang macam ni... simplySiti.. eh silap! simple... hehe :)


okeh.. ini dialog dari deno





okey.. itu saja daripada deno... bubye!



p/s: update sambil tengok citer hantu.. ngehngeh :p



Nasib Baik Tak Jadi


Pagi tadi deno ke hospital appointment dengan doc patology..


ok.. jumpa doc tadi dah lewat sebab terlewat buat CAPD.. masuk je bilik doc, deno beritahu doc yang deno alergy dengan ubat antibiotik yang doc beri lepas deno keluar hospital bulan lepas.. deno alergy dan jadi ruam seluruh badan.. then doc beritahu dah takde ubat lain.. kalau tak dapat ubat yang tu, maknanya deno kena warded sebulan untuk ubat kuat tu..

dengan selamba doc berkata

" dayang perlu masuk wad.. takde ubat lain.. kena masuk ubat ikut line..."

erk.. deno dah berdebar.. deno cakap kat doc deno taknak masuk wad.. deno baru je keluar bulan lepas, takkan nak masuk balik! dah la sebulan... taknak taknak! dah rasa nak nangis.. tapi deno tahan.. deno tanya ada cara lain tak, memang deno taknak masuk wad..

alhamdulillah.. lama doc termenung.. last-last doc minta deno ambil ubat yang deno alergy tu jugak tapi kuantitinya sikit.. deno just amik separuh sehari.. baru-baru ni doc suruh amik 3 biji bersama ubat-ubat lain.. mungkin sebab dos antibiotik tu tinggi sebab tu jadi ruam...

phewww... lega deno.. nasib baik tak nangis depan doc.. hehe



p/s: lega deno tak jadi masuk wad


Segmen : Blogger Muslimah



Deno ditag! kali ini daripada nieyxzha :)

 
segmen ni syaratnya mudah sangat
 nak join? boleh tekan banner ya ..

deno tag ifa dan azzah





p/s: baru balik dari hospital... hari ni jumpa doc patology



14th Anniversary.. Deno And SLE



Hari ini 17 Disember 2012


Genap 14 tahun deno dan SLE.. banyak kenangan deno dan "dia"..  "dia" selalu datang dan membuatkan deno sakit.. "dia" membuat deno menangis... "dia" membuat deno terpaksa mengambil pelbagai ubat.. "dia" membuat deno berkampung di hospital berbulan-bulan lamanya.. "dia" juga menyebabkan deno terpaksa buat CAPD.. "dia" juga merampas keseronokan zaman kanak-kanak deno..

"dia" memang jahat kan?

 walaupun begitu deno tetap bersyukur.. deno mempunyai keluarga yang penyayang dan memahami deno.. rakan-rakan, jururawat dan doktor semuanya baik dengan deno..

deno cuba untuk tidak merungut apabila mendapat kawan seperti "dia" kerana deno tahu.. di luar sana ada ramai lagi rakan-rakan yang sakitnya lebih teruk dan menderita daripada deno...

deno juga percaya.. allah swt tak akan menguji deno lebih daripada kemampuan deno.. sebab itu apabila "dia" datang, deno cuba untuk kuat dan semangat.. deno tak mahu menangis di depan ma abah sebab deno taknak risaukan mereka.. deno tahu ma abah sedih bila deno sakit..

sekarang sudah genap 14 tahun deno bersama "dia" dan "dia" masih lagi datang pada bulan oktober yang lalu... walaupun "dia" masih datang, deno akan terus senyum dan gembira.. terima kasih allah kerana memberi hambaMu ini peluang untuk bernafas sehingga ke hari ini...


LUPUS.. learn about it.



p/s: "dia" yang deno maksudkan ialah SLE..
      

Doodle "I Love Music"


Hari ni seharian hujan..

tadi pun still hujan.. pastu line pun lambat je macam siput jadi deno pun tak online.. deno pula tak berapa nak sihat, rasa sejuk je... lepas solat, ajar anak buah mengaji dulu.. then.. on notebook terus reka.. lukis padam lukis padam lukis..

dan last-last terhasil la doodle yang minat muzik!"tiba-tiba datang idea ni"




ok bye!



p/s:hujan-hujan macam ni line slow la... adehhhh...

 

Kalau Nak Melintas Kena Cepat Di Avenida 9 de Julio


Erk...

9 de Julio Avenue atau Avenida 9 de Julio, dalam bahasa setempat) di pusat kota Buenos Aires, Argentina, bukan hanya jalan raya biasa.Ada 9 jalur lebar... dengan median taman antara arus lalu lintas yang berlawanan...  ini adalah jalan terluas dan terlebar di dunia.

Hanya mereka dengan kecepatan yang lebih dan kaki panjang akan beruntung sampai ke sisi lain sebelum lampu lalu lintas di persimpangan berubah merah. Seorang pejalan kaki menyeberang jalan ini biasanya memerlukan beberapa minit tambahan... 9 de Julio Avenue adalah hanya 1 km panjang tetapi lebarnya 110 meter!! what da frog!




 

 



p/s: kalau nak melintas better berlari terus! kalau tidak... tak sempat pula.. hihi.. ^^