Penat...


jam menunjukkan hampir 6 pagi..

belum tidur lagi.. penat sangat-sangat!


tapi terpaksa juga.
8am nanti ke hospital pula...

ngantuk tapi ... hmm




hujung tahun yang memenatkan =.'=






Belum






belum


hanya sempat publish komen anda semua tapi
belum sempat membalas jejak.....



sorry.....







p/s: jadi "burung hantu" lagi......




Jumpa Doktor Lagi...


Esok jumpa doktor lagi...

Kali ini bukan sebagai patient tapi sebagai "cikgu"! :p

Bila dah ada PSLEM di Terengganu ni kan, macam-macam program. Esok deno jumpa Dr. Asmah (pakar rheumatology) dan Dr. Zaiha (pakar nefrology) sebab ada nak bincang sikit pasal blog PSLEM Terengganu ni...

Alhamdulillah doktor2 deno semuanya baik hati dan sporting :)


p/s: pejam celik pejam celik dan 15 tahun deno bersama SLE ~


Men"doodle" Menggunakan Software Paint

Dulu bila lukis deno guna pensil 2B je.. Kertas la jadi mangsa contengan imaginasi.. Sampai masuk form 5 masih guna cara sama. Masuk U pun, dalam buku teks, buku latihan, kertas kajang, buku latihan acc mesti penuh lukisan dengan pensil. 

Deno takde pengetahuan dalam pengunaan software lukis, tapi sebab minat deno belajar sendiri.. Belajar slow-slow cara lukis guna mouse :p  

2-3 hari ni stress sangat dengan kerja yang banyak, tadi terasa rindu nak lukis guna Software Paint macam dulu-dulu...Jadi terhasil la doodle yang .... korang describe la.. hihi^^


p/s: men"doodle" menggunakan Software Paint hasilnya berbeza.. huhu...


Playboy Itu Suami Aku Episode Akhir - Tonton Online


PSA E28 mmfonline by mmfonline
Playboy Itu Suami Aku AKHIR
tonton onlie
>> FULL EPISODE HERE <<

Rambut New Style


Anak buah, si Amir Amsyar baru potong rambut....

Tahun depan Amir berumur 7 tahun dan darjah satu! Sekejap je masa berlalu dah masuk darjah 1.. Happy betul nak masuk sekolah... Masuk sekolah rendah dan pengalaman baru. Good luck my dear amca! ^^


p/s: nampak lain bila rambut macam ni... hiks^^


Tempahan : Full Edit & Design mscheesecake


Personal Blog
Full edit and design
Theme : red, white and black
Link : http://msredcheesecake.blogspot.com

COPYRIGHT© DayangDeno
Kepada yang berminat boleh membuat tempahan di
Email : pinky_deeno@yahoo.com


p/s: terima kasih sis msred^^


MINI GIVE AWAY BY T-SHIRT MUDAH TERENGGANU


klik banner

Telemovie Nama Aku Beng

Baru je tamat telemovie di ASTRO CH 104, lakonan Zizan dan Izara Aisyah :)


Boleh tahan juga cerita ni, macam filem Hantu Kapcai juga.. Mengisahkan Zizan yang boleh nampak roh yang dipanggil "Beng". Beng tu meninggal sebelum sempat jumpa kekasih dia, dengan pertolongan Zizan, akhirnya Beng tahu bahawa Lisa (Izara Aisyah) cintakan dia... Syok tengok telemovie ni sebab Zizan cakap ganu kite! Hehehe... Paling kelakar part dia cakap.. 

"berani mu kaca girlpren aku, kalo kat teganu dulu, sape kaca girlpren aku kena ikat dengan lembu.."

Ahaks... Laju pulok si zizang ni bercakap! :p


p/s: deno sempat tengok separuh je sebab tengok Pencetus Ummah tadi, takpe nanti boleh tengok ulangan... hehe



Buat Dan Jangan Buat!

Bila kita ada blog, kita pun mesti berhati-hati.. Ada perkara boleh buat, ada yang kita tak boleh buat!

Apa yang kita boleh buat ~
  1. Tulis perkara yang korang minat contohnya macam hobi, resipi, masakan, cerita tentang anak-anak dan sebagainya.
  2. Letakkan gambar di dalam etri.. Gambar yang berkaitan entri, barulah pembaca tidak rasa bosan dengan adanya gambar kan?
  3. Tulis sesuatu yang bermanfaat.
  4. Tulis luahan hati dan tentang diri korang. Barulah rakan blogger dapat kenal korang...
  5. Jual kebolehan diri di blog contoh seperti kebolehan menjahit, design dan sebagainya ^^
Apa yang kita jangan buat ~
  1. Jangan tulis perkara pribadi yang terlalu mendalam macam alamat rumah, nombor telefon, nombor akaun dan maklumat-maklumat penting kepunyaan kita.
  2. Jangan letakkan gambar lucah
  3. Jangan letakkan video yang dilarang
  4. Jangan membuat entri yang berunsur hasutan, cacian dan entri yang boleh menimbulkan kemarahan orang lain
  5. Jangan masukkan pengenalan diri yang lengkap di dalam blog


p/s: ada yang boleh buat, ada yang tak boleh buat :)



Dapat Hadiah

Semalam balik dari bandar.. Tiba-tiba nampak ada kotak kecil kek Secret Recipe...


Oh so sweeeeeettttt...

Rupa-rupanya anak buah deno, si Adam Khaleef ada hadiahkan cheesecake! Kakngah ada ke rumah tapi tak ada orang semalam... Semalam kan deno di hospital, balik pun dah malam dah... Alahai budak kecik ni ingat juga kat cikcu dan ciknana....

Deno dan kakhanna dapatlah makan cheesecake semalam... :)


p/s: tahun depan Adam Khaleef berumur 6 tahun^^


Dapatkan Kalendar Limited Edition Geng Doodlers Malaysia!

Wahhhhh!!!!

Boleh pengsan bila tengok kalendar ni.. Kalendar design daripada Geng Doodler Malaysia yang super awesome!  Ada 10 design yang berlainan di dalam 1 kalendar... Comel-comel semuanya! Gerammmm!!!




Awesome kan??? Kalau dapat satu ni mesti hari-hari kerjanya nak tengok kalendar je kan? Hehehe... Ruginya kalau tak dapat kalendar hasil design daripada doodlerS yang super awesome ni! Dapatkan cepat! Murah sahaja, hanya RM30 including postage!!!

Jika berminat korang boleh contact Biskot Cikot di ---->>> SINI

**Dapatkan sekarang!**


p/s: comel kan? kalau kerja kat office ni, letak atas meja mesti ada yang jeles... Muahaha :p ( psst2, next project insyaallah dapatlah deno join .. amin! )



PSLEM Ganu Kita

Banyak hari juga fikir, nak buat warna apa, macam mana, nak letak apa.. Bimbang juga kan Presiden, Timbalan Presiden cakap apa.. Deno ada idea nak buat tema warna merah, hitam.. Macam warna Walk-A-Payung! Siap juga blog persatuan SLE bagi kumpulan sokongan ganu kita!

Alhamdulillah Presiden (Dr. Asmah), Timbalan Presiden (kakfiza) dan Setiausaha (Dr. Zaiha) suka! Lega betul.... :)

blog yang dah siap ^_^

Doodle deno buatkan ada bangsa melayu, cina dan india sebab pengidap SLE berbilang bangsa kan.. Doodle lelaki deno buat satu sahaja sebab 90% pesakit SLE ada perempuan. Nisbahnya pun 9 : 1. Jadi doodle perempuan yang tiga tu melambangkan pesakit perempuan yang lebih ramai...

Sepatutnya siap awal tapi banyak masa dihabiskan di hospital.. 2-3 hari ni banyak ke hospital pula.. Dengan order customer yang masih belum terusik, penin penin.... Email pun baru reply, minggu ni banyak pula nak kena jumpa doktor.. Esok deno nak sambung buat customer punya pula. Sekarang perlu pandai bahagikan masa bila dah ada tanggungjwab lain pula..Sebelum ni, deno fokus pada design dan blog je, sekarang makin bertambah... Nak blogwalking pun kena curi-curi masa. Deno minta maaf sangat-sangat pada rakan blogger yang belum sempat deno balas jejak.. Alahai kesiannya korang yang selalu datang sini support deno.. 


p/s: nak buat CAPD pulak... penatnyaaaaaa! =.'=


Segmen Pencarian Bloglist dan Review Blog



Jom sertai segmen daripada Cik Lyeen!
Syaratnya pun mudah...

Sila klik banner di atas ya^^

Paranormal

Ahaks.. malam-malam baru teringat nak share cerita paranormal yang pernah deno lalui..


Alkisahnya semuanya berlaku di rumah kakak dulu... Rumah kakak di *******, KL. Terpaksa rahsiakan sebab nanti ada yang takut pula kan... Sebelum kakak pindah, memang ada beberapa aktiviti paranormal yang deno sendiri rasa seram..

Satu..
Bila malam nak tidur, tiba-tiba je bunyi guli. Bunyi guli bergolek dan melantun. Macam ada budak-budak bermain guli padahal masa tu dah pukul 12 malam dan tak ada budak-budak pun main kat luar. Sangat tak tahan bunyi guli melantung-lantun macam ada orang main.

Dua.
Semasa baring, ada sesuatu meniup di telinga deno dengan bunyi :'Hehh!" Serius terkejut, bukan setakat suara, dengan angin sekali rasa kat telinga.. Malam tu jugak susah nak tidur dan keesokannya deno demam.

Tiga
Yang ni memang seram .. Masih jelas deno ingat masa tu dalam pukul 8 malam macam tu, deno duduk dekat laptop dan my mum depan tv baca surat khabar. Kami 2 orang je sebab abah dan kakak keluar. Tiba-tiba bunyi orang tutup pintu bilik dengan air kuat! Bunyinya kuat sangat-sangat! Pintu bilik air tu yang jenis berlipat, kita perlu tarik ke kiri kalau nak tutup. Masa tu tersentak gila, deno pandang ma, ma pandang deno. Deno tanya ma... "ma dengar tak apa deno dengar?" Ma angguk.. Masa tu seram kot, tapi buat tak tahu je... 

Itulah peristiwa paranormal yang pernah deno lalui.. Kakak dan pindah dah, alhamdulillah rumah baru takde apa-apa yang pelik dah....


p/s: memang misteri pintu berlipat yang masih terbuka (hanya boleh ditutup jika kita tarik ke kiri dan tak boleh bergerak walau ditiup angin) boleh tertutup sendiri dengan kuat...  err

Lega

Seharian tak on handphone sebab charger tak jumpa..

Akhirnya dapat juga on tadi... Dapat mesej daripada Timbalan Presiden (kakfiza).. ^^

Alhamdulillah, lega sangat sebab kakfiza tak marah. Dia just suruh deno masukkan balance duit dalam cdm.. Hoyeah! Lega sangat-sangat... Ahaks^^ Dah lama tak main dengan duit orang ni, takut juga kan.. Hehe



p/s: berat juga tugas bendahari ni kan.. zaman sekolah duku kutip je, sekarang siap dengan ledger acc bagai... tetiba ingat zaman belajar acc, bila tak balance mesti nanges.. haha^^



Segmen DEENO




jom join segmen?



ada hadiah cash :)
jom cuba mana tahu korang salah seorang pemenangnya?


jom join
segmen dengan klik >>> SINI <<<



Last Giveaway In 2013 @ dakwahmahabbah.blogspot.com

klik banner ^_^

Belajar Dari Kesilapan

Oh tersangat busy...  Perlu pandai bahagi masa, blog, customer, PSLEM. Kadang-kadang tak sihat. Sekarang pula dapat amanah sebagai Bendahari PSLEM Terengganu Chapter, rasa macam takut pun ada. Kadang-kadang blur bila Timbalam Presiden (kakfiza) cakap, tak tahu kenapa.. Agaknya nervous! Sampai perlu tanya banyak kali. Kesian dia terpaksa explain pada deno banyak kali..

Macam ni la bila ada tanggugjawab..
wajah yang muram

Deno ni selagi tak faham selagi tu tanya... Prinsip deno satu, biar la kena marah pun, janji apa yang deno tak faham tu mesti nak fahamkan betul-betul sebab nanti susah nak buat kerja..

Sampai sakit kepala tadi sebab takut kena marah.. Huhu... Tadi pun tengok balik excel rupanya ada seorang ahli PSLEM tertinggal! Ya allah.. Mesti kena marah lagi sebab nanti mesti kena buat cheque baru... Sori kakfiza, entah macam mana la boleh tersilap! Takpe la, inilah dikatakan belajar dari kesilapan.... =.=


p/s: nak letak jawatan boleh? hehehe....

Kembar Di Rumah

Bila Amsyar balik Terengganu, Adam akan menjadi "kembar" kepada Amsyar.. Mereka sangat rapat! Beza umur pun setahun je, mana tak rapat...  Ahaks^^


Walaupun sepupu, dua-dua dah rapat macam adik-beradik.. Itulah penangan sepupu kan. Sebab itulah penting adik-beradik rapat, anak-anak pun sekali rapat. Cucu-cucu pun rapat sekali dengan atuk nenek ^^ Hubungan kekeluargaan pun akrab :)

Malam ni Adam tidur kat rumah tok abah .. Esok Sarah Aina dan Amir Amsyar dah nak balik JB dah....... Sekejap je masa berlalu... :')


p/s: cuti sekolah dah nak tamat..

Baru Dapat!

Baru dapat! Hampir 2 minggu CPUV takde.. Yang lain dah credit, tinggal 1 je je berguling-guling dalam blog... Tunggu juga agak-agak bila la nak dapat yang baru.. Tengok tadi ada CPUV baru.. ^_^


CPUV : INTI International University & College

Harap-harap yang ni pun lama melekat... Ahaks^^

Nak tahu lebih lanjut mengenai INTI International Unversity & College korang boleh terus klik iklan2 yang ada ya^^


p/s: nampak universitty rindu zaman belajar.. huhu


DEENO


Akhirnya...

Rancangan nak ada blog kedua terlaksana sebelum tahun 2014! hoyeahhh....! Deno sebenarnya dah lama plan nak buat blog kedua untuk informasi. Taknak campur dengan personal blog ni.. Personal blog just personal^^

Blog kedua pun simple macam blog www.dayangdeno.com cuma ada doodle, hiks^^ Macam biasa, I love simple! :)

Jom terjah  >>  DEENO <<


p/s: ok, jom buat lawatan ke blog kedua deno.. hiks^^



Tempahan : Full Edit & Design For One Stop Vitamin


Business blog
Full edit and design
Theme : Light pink and turquoise blue
Link : http://youvitamin.blogspot.com

COPYRIGHT© DayangDeno
Kepada yang berminat boleh membuat tempahan di
Email : pinky_deeno@yahoo.com


p/s: terima kasih adik Anis :)


Bersantai Di Perpustakaan

Deno tak tahu pun, anak-anak buah plan sendiri.. Diaorang dah berpakat rupanya semalam, cikcu ni tak tahu menahu pun. Tiba-tiba tengahari tadi cakap nak ke perpustakaan. Deno taknak pergi sebenranya sebab penat, semalaman tak tidur buat order customer. Tapi semua duk merayu nak cikcu pergi, buat muka Puss In Boots, tak sampai hati pula...

Jadi hari ni bersantai di Perpustakaan Kuala Terengganu.. Rajin baca.. Kakak terus pilih buku, Adam Khaleef tak berapa fasih membaca lagi tengok gambar sambil cuba baca, Amir Amsyar pula dah pandai baca tapi masih ada kesilapan sikit...



Lepas sejam, dah main pulak.. Main puzzle yang dibawa dari rumah.. Terer budak-budak ni main, 15minit boleh siap.. Cikcu setengah jam pun belum siap lagi... ekekeke :p



p/s : sekejap je masa berlalu.. dah nak habis cuti sekolah budak-budak ni



Seniwati Azean Irdawaty Meninggal Dunia


Ramai yang telah mengenali beliau, Seniwati Azean Irdawaty yang sangat popular di dalam filem tempatan kita. Seperti mana yang kita semua tahu, seniwati mengidap penyakit kanser tahap empat. Menurut sumber,  arwah meninggal hari ini (17 Disember 2013)  di PPUM di sisi suami, anak-anak dan saudara....

Arwah juga adalah salah seorang pelakon yang deno minat. Pelbagai watak yang telah deno tonton dan yang paling deno tak boleh lupa ialah wataknya di dalam Filem BAGINDA pada tahun 1997 sebagai Cikgu Azian. Sama-sama kita doakan agar beliau ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.. 

AL-FATIHAH


15th Anniversary

17 Disember 2013

Hari ini genap 15 tahun deno bersama SLE :')

Alhamdulillah syukur kepada Allah , deno diberi peluang bernafas sehingga ke hari ini.. Banyak dugaan yang dilalui sepanjang 15 tahun ini... 

google.com


Hmmmm.... Pejam celik pejam celik tak sangka sekejap sahaja masa berlalu, dah 15 tahun deno bersama SLE. Ubat berpuluh-puluh biji setiap hari. Macam-macam lalui.. Blood test dan branula perkara biasa, rawatan chemo (cyclophosphamide) pernah dilalui 12 kali, HD, APD, CAPD, intubation, ryle tube, ICU dan pelbagai lagi. Mujur la deno ni kecil, bila deno sakit dan tak boleh bangun abahlah yang dukung! hihi ^_^ Sekarang deno masih mengambil ubat-ubatan dan melakukan rawatan CAPD, semuanya kerana SLE. Dah ikut rules pun tetap SLE datang, deno redha :) 

Deno rasa rindu.. Rindu dengan semua doktor dan nurse yang berjasa pada deno di WAD KK1 dulu... Dr. Lim Yan Ngo, Dr. Yap, Dr. Jazilah, Dr. Selva. Semua nurse di sana. Di HSNZ pula, deno rindukan Dr. Jimmy Lee Kok Foo, doktor yang deno anggap dah macam ayah deno sendiri, pernah deno tidur di pejabatnya kerana merajuk tak mahu masuk wad semasa darjah 5. Sangat sweet Dr. Jimmy yang faham deno, deno masa budak-budak dulu bila sebut masuk wad mesti menangis. Hihihi... Itulah zaman kanak-kanak dan remajaku, banyak habiskan masa di hospital.

Sekarang deno masih menerima rawatan di HSNZ bersama Dr. Zawawi, Dr. Zaiha dan Dr. Salmi yang sangat sporting! Doktor dah jadi bestfriend, nurse pula seperti kakak-kakak sendiri. Deno sangat bersyukur mereka semua sangat baik.. Banyak jasa mereka pada deno :')

Setiap kenangan dan pengalaman deno sepanjang 15 tahun bersama SLE sangat sukar untuk deno lupakan dan ianya akan terus kekal di dalam ingatan deno. Deno bersyukur mempunyai keluarga yang penyayang dan memahami deno. Deno harap akan terus kuat dan bersemangat dalam mengharungi kehidupan yang akan datang. Deno nak sihat, deno nak jaga ma dan abah pula. Ma dan abah dah banyak berkorban untuk deno.

"Semoga Allah memberiku peluang untuk berbakti kepada ibu dan ayahku.. Insyaallah ... Amin." 



p/s: i am SLE Lupus Nephritis Class 4.. syukur seadanya

Tips Selesa Pemakaian Mask

Mask? Lemas pakai mask?


Tak ada lemasnya pakai mask tu.. Kebanyakan alasan lemas, tak selesa, rimas dan sebagainya...

Sebenarnya penting mask ni, lebih-lebih kalau ke hospital yang banyak penyakit.. Ok deno nak share tips nak selesakan diri apabila kita memakai mask :)

1- pakai mask dengan cara yang betul
2- bernafas dengan tenang
3- selesakan diri dengan mask
4- jangan fikirkan tentang mask, anggap je kita tak pakai mask..
5- jangan difikirkan tentang rimas dan lemas.. buat macam biasa.. 


p/s: apa yang penting? stay cool....


Macam Adik-Beradik


Semalam birthday anak buah sulung, Sarah Aina :)

Tanya dia nak apa, Sarah Aina nak kek je.. Jadi semalam my mum pergi beli kek coklat di Kedai Kek Sweden Kuala Terengganu. Kedai yang dah lama beroperasi di Terengganu.

Walaupun dah banyak ada kedai kek baru yang tumbuh seperti cendawan, kek di Kedai Kek Sweden tetap terbaik! Teringat pula zaman kanak-kanak dulu....  :)


p/s: dah macam adik-beradik cikcu dengan aina... muehehe :p


Tempahan : Simple Blog Edit & Design Si Tomato


Personal Blog
Simple edit and design
Theme : Soft yellow and soft pink
Link : http://tempatmencontengaku.blogspot.com/

COPYRIGHT© DayangDeno
Kepada yang berminat boleh membuat tempahan di
Email : pinky_deeno@yahoo.com


p/s: blogger si tomato oren juga adalah seorang Lupus fighter :) Thanks sis sebab percaya dayangdeno^^

Baru 5 Minit ..

Semalam anak buah nak sangat ke pantai.. Biasanya kalau balik Terengganu mesti ke Pantai Batu Burok, tapi bila musim hujan tak ke pantai langsung. Semalam tak hujan kat kawasan rumah deno tu... So, tok abah dan nena (my parents) bawa la ke pantai...

Cikcu pun kena paksa ikut walaupun ada banyak kerja.. Mujur la Pantai tak jauh, 15 minit dah sampai...


Ramai juga orang kat pantai.. Siap yang ada main papan luncur lagi... 

Kesian betul anak buah deno ni.. Baru je 5 minit sampai, hujan pun turun... Masam je muka diaorang, punya la excited nak main tapi hujan pula.. Itu la tok abah dah cakap ini kan musim hujan, tak dapat diramal bila hujan... Ok, pujuk pergi makan



Amboi senyum sampai ke telinga..! Nah amik 3 pinggan keropok lekor dan sepinggan cheese burger special.. Habis licin! Keropok lekor memang favourite! ^_^ Cikcu ni pun join makan sekali...... Ahaks :p


p/s: keropok lekor tak dapat dipisahkan... mueheheh

Dugaan....

Semangat betul nak sambung kerja.. Dah hibernate kerja petang tadi, stop sekejap sebab nak buat CAPD.. Macam ni la saya, kejap-kejap kena rest untuk buat CAPD .. Penat betul! Hari-hari CAPD, ish3....


Malam baru sambung balik.. Semangat ni...!





Dalam kepala macam-macam nak buat
Niatnya nak siapkan sikit je lagi......





Tiba-tiba...





Hwaaaaa.....

Alahai tak sempat simpan kerja petang tadi... Apa kena la lappy kesayangan ni... Hari tu baru masuk "hospital".. Dah discaj dah.. Nak hantar "hospital" lagi, rasa malas la pulak. Banyak kerja lagi ni... 

Oh dear lappy.. please be nice to me...


p/s: habis dalam kerja PS, SAI ... dugaan... sabar deno, sabar.... =.=



Makan Lewat Malam Tapi Menyihatkan

Bila berjaga sampai lewat malam mesti terasa lapar kan? Bila dah lapar pula, mesti la nak makan sikit kan.. Sebenarnya boleh makan lewat malam, tapi mestilah makanan yang bersesuai dengan waktunya :)

Macam deno kalau lapar lewat malam ni, deno suka makan oat.. Buat dalam semangkuk kecil pun dah okey... Kadang-kadang roti sekeping bersama milo.. Kenyang dah ^^

Okeh sebenarnya deno nak kongsi dengan korang makanan yang sihat untuk lewat malam! 

1- Buah-buahan segar
Contohnya epal.. oren.. Boleh dimakan macam biasa atau boleh dibuat jus! Ianya buah yang segar dan boleh melancarkan sistem penghadaman

2- Yogurt
Yogurt boleh dimakan bersama buah... Yogurt tinggi protein tapi karbohidrat pula rendah! Yogurt pun boleh bantu kita untuk tidur lebih lena macam susu jugak^^

3- Pisang
Buah yang tinggi potassium (deno je tak boleh makan pisang... uhuk uhuk).. Pisang boleh memudahkan kita untuk tidur di samping boleh membantu merehatkan otot-otot kita.

4- Roti gandum
Roti gandum memang kaya dengan serat.. Seeloknya kalau lapar tengah malam tu, buatlah sandwich biasa sekadar menghilangkan rasa lapar. Sekeping sandwich biasa pun menyihatkan !

Apa lagi ya... Rasanya beberapa keping biskut dan milo pun okey jugak kan ^_^




p/s: elakkan makan roti canai, nasi lemak dan makanan yang berkalori tinggi untuk makanan lewat malam :)


Anda Tahu Jawapannya



Setiap perkara yang berlaku kepada kita ada hikmah di sebaliknya ..


p/s: muhasabah diri ....



Selepas Sebulan...

Selepas sebulan bercuti di rumah tok abah (my abah), akhirnya petang tadi anak-anak buah dapat bermain dengan gembira di laman rumah tok abah! Hari ni ada matahari!!!

"horeyyy!!!"

Menjerit-jerit kanak-kanak ribena tiga orang ni bila petang pun tak hujan, diaorang dibenarkan beriadah di luar! Kemain seronok menjerit-jerit berlari di luar rumah! Maklum la sebulan beriadah dalam rumah je sebab musim hujan.... Amboi enjoy budak-budak ni tadi ^_^





Punyalah enjoy main sampai dekat pukul 7petang baru nak masuk.. Memang puaskan nafsu bermain kat luar rumah la tu... Kesian jugak budak-budak ni biasa kalau balik Terengganu tok abah bawak main layang-layang, buat istana pasir kat Pantai Batu Burok, tapi bila musim hujan ni aktiviti biasa cuti sekolah terpaksa dibatalkan...

Pecah rekod diaorang hari ni tidur awal.. Penat la tuuu.... Eekekek :p


p/s: hari ni cerah... tapi bimbang juga ada warning gelombang akan datang.....


Segmen : Saya Sayang Blog Saya


segmen simple..

syarat pun mudah

klik banner di atas :)

Buai Laju Laju....

Baca ayat di bawah...



p/s: haip! kan deno suruh baca.. kenapa nyanyi........ hehe



Segmen Kenapa Aku Jadi Blogger? by AkuPenghibur.com

klik banner

Kenapa aku jadi blogger?
Ahaks.. First mulanya deno berminat dengan blog bila membaca blog BFF kesayangan deno, dialah idola deno dalam dunia blog :') Selain daripada itu, deno sangat suka menulis, sejak sekolah rendah! Sampaikan buku karangan pun Cikgu Zasni ambil dijadikan contoh kat sekolah lepas upsr.. heeee... Betapa banyaknya karangan deno dalam buku tu^^ Last but not least, deno nak orang ramai tahu tentang penyakit SLE di samping blog tempat deno berkongsi tentang kehidupan sebagai pesakit SLE  :)

p/s: rasa nak tergelak bila teringat nama asal blog dayangdeno.. ekekek :p


Tempahan : Logo Ummi Healthy

Siap juga! Hoyeah!^^
Tempahan daripapada kak Noriah Ibrahim untuk bisnes 

Logo Page


Logo company

Terima kasih kak Noriah kerana percaya dayangdeno :)


COPYRIGHT© DayangDeno
Kepada yang berminat boleh membuat tempahan di
Email : pinky_deeno@yahoo.com